January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PAS mendakwa Parlimen Gombak bukan merupakan kerusi selamat buat Azmin Ali selepas PAS memutuskan kerjasama dengan PKR. Apatah lagi sekiranya Tun Mahathir bertanding disitu.

Hakikatnya, kemenangan Azmin sebelum ini adalah ditentukan dengan bantuan serta sokongan dan juga undi dari jentera PAS yang memainkan penting dalam memastikan dia kekal.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata Menteri Besar Selangor itu sendiri tidak akan dapat mempertahankan Gombak apabila berlaku pertandingan 3 penjuru.

“Saya tak tahu apa matlamat tersirat Azmin lepas kerusi Gombak, cuma saya boleh sebut bahawa kerusi Gombak tidak selamat bagi PKR.

“Bila dia sendiri tidak selamat, saya yakin Dr Mahathir lagi tidak selamat sebab pengundi Gombak ini pengundi bandar yang melalui reformasi zaman Dr Mahathir. Mereka nampak apa yang berlaku.”

Zuhdi ditemui pemberita selepas menghadiri kuliah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melawar hari ini.

Dia diminta mengulas mengenai kesediaan Azmin untuk memberi laluan kepada Tun Mahathir bertanding di Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Malah Zuhdi juga mendakwa, dia tidak nampak Tun Mahathir sebagai calon “Boleh Menang” di Parlimen Gombak kerana bekas perdana menteri itu lebih berpotensi di Langkawi.

“Saya tidak tahu apa matlamat sebenarnya tapi langkah itu akan menggagalkan Dr Mahathir jadi perdana menteri,” katanya.

Kerusi Gombak antara kerusi yang mempunyai jumlah penyokong PAS dan Barisan Nasional yang ramai. Dua daripada 3 DUN di bawah Parlimen itu dimenangi PAS sejak 2 penggal lalu.

Azmin memenangi Parlimen Gombak sejak 2008 dengan majoriti 6,867 undi, dan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti undi merosot kepada 4,734 undi.

Dari satu sudut, kesudian Azmin menawarkan kerusi Parlimen Gombak itu boleh dianggap sebagai satu usaha untuk menggagalkan rancangan Pakatan yang telah mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mereka sebelum ini!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: