January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Kebanyakan pemandu teksi pada masa ini membayangkan kewujudan sistem perkhidmatan e-hailing dilihat ‘membunuh’ kewujudan teksi.

Ia ditambah buruk apabila rata-rata pengguna memilih perkhimatan e-Hailing itu dengan alasan pemandu teksi ini mempunyai ‘tabiat’ buruk.

Kereta yang kurang bersih, pintu terkopak, kerusi berhabuk dan pemandu teksi merokok semasa membawa penumpang ke destinasi juga antara penyumbang pengguna memilih sistem e-Hailing.

Bagi pengguna, mereka mahu perkhidmatan yang lebih berbaloi memandangkan ada antara pemandu teksi yang tidak memberikan perkhidmatan setimpal terutamanya melibatkan bayaran.

BACA: Kerajaan tidak takut ugutan pemandu teksi – TPM Ahmad Zahid

BACA: Pemandu teksi anggap dianak tiri, minta enjin elektrik – Shamsubahrin

BACA: “Alahai, kenapalah pemandu teksi masih ditakuk lama?” – rungut netizen

Salah seorang pemandu yang ditemui, Zahiruddin Ali, 41 tahun percaya bahawa pemandu teksi masih ada harapan untuk terus relevan.

Katanya, pemandu teksi mahu atau tidak perlu sedar bahawa zaman sudah berubah dan hidup semakin mencabar dengan gangguan teknologi masa kini.

“Sekarang ni bukan saja nak dapat penumpang susah, nak isi gas pun susah. Saya terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari untuk meneruskan hidup.

“Semalam, saya kerja 18 jam, hampir semua penumpang saya menggunakan perkhidmatan e-hailing. Malah jumlah trip yang saya dapat hanya dalam 40, dan nilainya lebih kurang RM150 memandangkan kebanyakannya pada jarak dekat,” katanya yang sudah 24 tahun memandu teksi bagi menyara keluarga.

BACA: “Bukan dia boleh selam hati nurani semua pemandu teksi” – Alias

BACA: #Teksi4.0: Nilai siapa bantu siapa – Nancy

Jelas Zahiruddin, kadar caj yang dikenakan pemandu teksi sewajar dinilai semula dan tidak hanya menuding jari caj perkhidmatan e-hailing.

“Macam kami bila guna perkhidmatan e-hailing untuk dapatkan penumpang, caj 30 peratus tambang tetap dikenakan sama seperti pemandu lain (bukan teksi).

“Ia diburukkan lagi apabila kami (pemandu teksi) pada masa sama perlu membayar wang sewa teksi atau pinjaman teksi.

“Mungkin kalau pihak perkhidmatan e-hailing bersedia untuk kurangkan caj perkhidmatan kepada pemandu teksi, mungkin kepada hanya 10 peratus, kami akan lebih ‘bernyawa’,” jelasnya.

Beliau pada masa sama turut memberitahu, ada dalam kalangan pemandu teksi yang sedia untuk berubah, tetapi ramai yang ‘terperangkap’ dengan hutang kenderaan belum dilangsaikan.

“Setakat nak belajar cara menggunakan aplikasi, memang boleh. Lagipun kita memang sudah ramai yang pakai telefon pintar,” katanya lagi.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: