January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang tidak mempunyai pendirian konsisten selepas menyatakan keengganannya menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Dr Mahathir membuat dakwaan menyatakan dirinya dipaksa menjadi perdana menteri apabila timbul komen-komen segelintir pihak selepas Pakatan Harapan menamakan beliau untuk jawatan itu.

“Beliau ini konsisten dan tidak konsisten. Apabila Pakatan Harapan mengumumkannya sebagai perdana menteri dan terdapat komen sebaliknya terhadap pencalonan beliau, maka beliau berkata beliau dipaksa.

“Saya tidak mahu masuk campur tentang parti orang lain,” katanya.

Dr Mahathir dalam ucapannya di Johor Bahru baru-baru ini menegaskan beliau tidak mahu menjadi perdana menteri, sebaliknya diminta untuk memegang jawatan itu sekiranya pembangkang memenangi PRU14.

Beliau mendakwa sebenarnya beliau mahu berehat, namun tidak dapat berbuat demikian sehingga hari ini sejak menyerahkan jawatan itu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Permuafakatan Masjid, Surau dan Sekolah Agama Rakyat Daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak di sini, hari ini.

Sebelum ini, selain Dr Mahathir, Pakatan Harapan juga bersetuju menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah di Konvensyen Pakatan Harapan Ke-2 yang berlangsung di Shah Alam pada 7 Januari lepas.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: