February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PYONG CHANG: Kerancakkan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang sedang berlangsung di Pyeongchang semalam menarik perhatian ramai ketika berlangsungnya tarian luncur ais yang disertai atlet tuan rumah terkenal Yura Min apabila kostum yang dipakainya hamper terlucut.

Insiden tersebut berlaku ketika atlet itu baharu sahaja memulakan persembahannya.

Menerusi video yang telah dimuat naik, atlet berusia 22 tahun itu dilihat beberapa kali cuba membetulkan bajunya yang agak terdedah di bahagian dada.

Ia jelas kelihatan setiap kali dia membuat pusingan bersama pasangannya Alexander Gamelin di mana Yura secara jelas cuba menarik bajunya itu.

Bagaimanapun, dia tetap dengan tenang meneruskan acara itu dan pasangan itu berjaya menamatkan persembahan mereka.

Beliau yang ditemui oleh media selepas itu berkata dia pada mulanya berasa takut sebaik menyedari cangkuk belakang bajunya itu tercabut ketika sedang memulakan aksi.

Namun beliau mengambil keputusan drastik untuk meneruskannya juga kerana tidak mahu mengecewakan penyokong tuan rumah yang hadir dan takut sekiranya mata persembahannya ditolak.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: