February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR : Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan telah membuat laporan polis berkenaan dakwaan penglibatan beliau dalam sebuah video seks yang melibatkan dirinya.

“Saya sudah membuat laporan polis hari ini berikutan dakwaan yang membabitkan saya dalam satu video seks baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama cawangan balai polis tersebut.

Tambah Lee Chong Wei, perkara sebegitu tidak dapat dikawal dan beliau berharap pihak polis akan membuat siasatan lanjut bagi membanteras perkara ini daripada terjadi lagi.

Terdahulu, Datuk Lee Chong Wei telah menafikan penglibatan beliau dalam sebuah video seks berdurasi 11 minit yang didakwa melibatkan dirinya.

BACA: Lee Chong Wei nafi terlibat dalam video seks – laporan media

Chong Wei, 35 tahun, mendakwa telah menerima klip video berkenaan dari pelbagai pihak selepas video itu tular di media sosial.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: