February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MELOR: Siapa dapat menyangka dugaan yang menimpa keluarga seseorang individu.

Norul Asma Mohd Nor, 50 tahun redha dan menerima ketentuan selepas kaki kirinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis (diabetes).

Membesarkan tiga orang anak termasuk seorang anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), Norul Asma pasrah dengan ketentuanNya membesarkan anak-anaknya sebagai seorang ibu tunggal.

Ibu tunggal dari Kampung Padang Kala ini mempunyai tiga orang anak, Putri Solehah Nik Mohd Azmi, 18 tahun dan Putra Solihin yang berusia 12 tahun. Anak keduanya, Putra Eiman pula menghidap “cerebral palsy” sejak dilahirkan 13 tahun lalu.
Norul Asma Mohd Nor,50 tahun membesarkan tiga orang dan seorang daripadanya merupakan Orang Kelainan Upaya, OKU sejak lahir.

Hidup Norul Asma tidak pernah sunyi dari dugaan.

Beliau ditinggalkan suami sejak 2014 dan menampung kehidupan dengan menjahit dan berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga.

Aktiviti hariannya terbatas selepas kaki kirinya dipotong, mujurlah anak sulungnya dapat meringankan beban menyiapkan makanan dan minuman untuk adik-adiknya setiap hari.

Putri Solehah Nik Mohd Azmi,18 (habisan SPM) yang gigih membantu Norul setiap hari.

“Buat masa ini akak menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM untuk anak OKU ini, selain itu ada dermawan menghulurkan setiap bulan RM200 untuk perbelanjaan,” katanya kepada Astro AWANI.

Norul menumpang di sebuah rumah pusaka peninggalan orang tuanya yang kini usang dan daif.

Namun, masih ada yang masih pihak yang prihatin.

Menurut Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi, pihaknya akan memberikan bantuan kewangan bagi membiayai perubatan anak istimewa tersebut, bantuan persekolahan anaknya dan Norul sendiri setiap bulan.

Kesengsaraan mereka sekeluarga sedikit terubat apabila MAIK turut menyuarakan hasrat untuk membantu membina sebuah rumah baru untuk keluarga Norul berteduh.

Menurut Nik Mohd Azlan, pihaknya akan cuba mencari tanah untuk membina rumah buat Norul kerana rumah pusaka yang didiaminya itu uzur dan daif.

Nik Mohd Azlan berkata demikian ketika mengunjungi keluarga berkenaan dan menyampaikan sumbangan segera wang tunai RM2,000.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: