February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Lebih banyak pertubuhan hak asasi manusia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengutuk layanan tidak berperikemanusiaan oleh majikan yang dikatakan menyebabkan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Pulau Pinang meninggal dunia baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kerajaan akan memastikan tindakan sewajarnya diambil ke atas majikan terbabit yang disyaki mendera pembantu rumah itu demi memastikan keadilan dilaksanakan.

“Malaysia adalah negara berdaulat dan menghormati hak manusia. Perlembagaan Malaysia menjamin hak berasa selamat dan dilindungi pada setiap masa tidak kira mereka warga tempatan atau warga asing,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Adelina Lisio, 28, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam pada Ahad lepas, setelah dipercayai didera oleh majikannya di sebuah rumah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

BACA: Amah didera majikan, dibiar tidur luar dengan anjing

Menurut laporan, beberapa jiran mendakwa wanita berkenaan dipaksa tidur bersama seekor anjing jenis Rottweiler di anjung rumah selama lebih sebulan sebelum dia ditemukan pada Sabtu.

BACA: Amah disyaki didera meninggal dunia

BACA: Amah mati didera: Wanita warga emas ditahan polis

BACA: Amah mati didera – Majikan direman tujuh hari

Organisasi hak asasi manusia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengingatkan majikan yang menggaji pembantu rumah supaya menghormati ‘dignity of labour’ pembantu rumah tersebut dan tidak menjadikan mereka seperti hamba.

BACA: Lam Thye mahu kematian amah disiasat hingga ke akar umbi

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tan Sri Razali Ismail berkata sebagaimana peraturan pekerja yang perlu dituruti dalam sektor lain, ia sepatutnya turut terpakai kepada pembantu rumah.

“Cuma bila dalam kilang misalnya, pekerja yang teraniaya dilindungi oleh ‘union’, tetapi jika di dalam rumah, tiada siapa boleh kawal, jadi majikan itu sendiri perlu tahu batas mereka dan menghormati hak pekerja,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

BACA: Serahkan kepada polis untuk siasat – Konsulat Indonesia

Razali, bekas wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu berkata kes sebegini mungkin tidak sampai ke tahap membimbangkan, tetapi jika tidak diambil perhatian ia boleh menjadi satu perkara serius.

“Masyarakat juga perlu menjadi mata dan telinga, jika tahu akan kes-kes sebegini (pembantu rumah didera) laporkan pada pihak berwajib,” katanya sambil menegaskan majikan terlibat yang didapati bersalah mesti dihukum dengan sewajarnya.

BACA: Dera amah – Jiran sering dengar jeritan, diberi amaran jaga hal sendiri

Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A Das berharap kerajaan dan kementerien-kementerian berkaitan mengambil operhatian terhadap kes Adelina.

“Kami menggesa supaya undang-undang berasingan digubal dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan mereka diiktiraf sebagai kerja dan wanita yang menjadi pembantu rumah diiktiraf sebagai pekerja dan bukan sebagai amah,” kata beliau.

Sementara itu, Presiden Majlis Pertubuhan Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO), Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata perbuatan mendera pembantu rumah oleh majikan sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Malah penderaan terhadap sesiapa pun tidak boleh diterima, saya berharap semua pihak berjaga-jaga (vigilant) terhadap sebarang kes penderaan yang berlaku di sekeliling mereka, laporkan jika ada maklumat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: