February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUALA SELANGOR: Kerajaan Selangor didesak memberi penjelasan punca
sebenar pembinaan sembilan projek Rumah Selangorku dibatalkan.

 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata,
setakat ini kenyataan berhubung pembatalan projek berkenaan adalah
bercanggah antara Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan
Bandar, Datuk Iskandar A Samad dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali.

 

“Exco dalam kenyataannya berkata kelulusan projek itu dibatalkan kerana
pemaju gagal mendapatkan Kebenaran Merancang dalam dua tahun daripada
tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

 

“Menteri besar pula menyalahkan pemaju kerana mengutamakan projek
perumahan kos sederhana dan mewah, jadi soalan saya apa sebenarnya punca
pembatalan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan
sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di Bagan Pasir Penambang, hari ini.

 

Pada Selasa lepas, Iskandar yang juga merupakan ADUN Chempaka
dilaporkan berkata, kerajaan negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Rumah Selangorku membatalkan 9 projek rumah berkenaan yang diluluskan
antara 2014 hingga 2016, setelah pemaju gagal mendapatkan kebenaran
MMKN.

 

Projek berkenaan melibatkan tiga projek di Kajang, dua projek di
Selayang dan masing-masing satu projek di Subang Jaya, Shah Alam, Ampang
Jaya dan Klang.

 

Noh berkata pembatalan projek berkenaan menunjukkan kerajaan pimpinan
PKR hanya tahu memberi harapan kepada rakyat tapi tidak akan menjadikan
ia kenyataan.

 

“Di sini rakyat boleh menilai janji PKR dan Pakatan Harapan dan janji
BN, Projek Perumahan Rakyat yang dilaksanakan kerajaan persekutuan BN
banyak disiapkan tanpa ada yang dibatal dan dijual pada harga murah.

 

“Dibandingkan dengan Rumah Selangorku yang mahal, dan ada yang
dibatalkan, rakyat boleh menilai kerajaan mana lebih mengutamakan rakyat
berpendapatan rendah dan sederhana, bagaimana pula dengan nasib mereka
yang diluluskan pinjaman pihak bank untuk membeli rumah ini tetapi
projek itu dibatalkan, apakah tindakan kerajaan negeri,” katanya.

 

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 3,800 ketua rumah meraikan Tahun
Baharu Cina menerima sumbangan berupa barangan dapur dan wang tunai.

 

Turut hadir ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: