February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR – “Lebai oh lebai, cukup-cukup la perasan tak ketahuan hala. Memalukan sungguh!”

Itu sindiran Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (PAN) atau dikenali sebagai AWAN keatas PAS kerana mahu bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Menurut AWAN, keputusan PAS itu memalukan kerana parti itu baru pertama kali bertanding di situ dan calonnya baru setahun menjadi ahli.

“Kemudian mengaku banyak bantu jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dulu.

“Kononnya nak `claim’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dulu pun sebab jentera PAS yang tolong buat kerja,” sindir AWAN dalam satu kenyataan di Facebook.

Semalam PAS mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandang oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Lembah Pantai, Mohamad Kamzuri Mohd Fuad dipetik berkata, PAS buat pertama kali meletakkan calon di kerusi itu.

Menurutnya, PAS membuat keputusan itu walaupun jentera parti itu banyak membantu PKR pada PRU13 memenangi Lembah Pantai. – MYNEWSHUB.CC



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: