February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -13/02/18 -PKR meragui kekuatan calon-calon PPBM sebagai calon calon yang mampu menang di Selangor kerana parti itu masih baharu dan belum teruji.

Perkara itu dibangkitkan oleh Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor Dr Xavier Jayakumar ketika ditanya wartawan berkenaan hasrat PPBM yang mahu bertanding di 12 kerusi DUN milik Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Ujarnya, faktor ‘winnability’ sangat penting bagi memastikan PH terus kekal memerintah Selangor.

“Semua orang ada ‘figure’ mereka, tetapi kita kena tengok, saya pegang kuat dengan apa yang Pengerusi PH (Azmin) kata, ‘winnability’ yang dia katakan, tidak kira parti dan calon dari mana, kita tidak ambil kira.

“Itu yang memang penting dan kita utamakan dalam negeri Selangor.

“Kalau parti kata dia nak 13, 12, 15 dan sebagainya kalau tidak boleh menang apa guna?,” katanya dilapor Antarapos.

Minggu lalu Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin berkata, PPBM memohon 12 kerusi milik BN untuk diletakkan calon mereka.

Menurut sumber, PKR berminat meletakkan calon di DUN Batang Kali, Permatang, Bukit Melawati, Kuang, Semenyih dan Dengkil kerana parti Keadilan itu pernah bertanding pada PRU 13.

Bagaimanapun enam daripada 12 kerusi yang dimenangi UMNO itu juga turut dituntut oleh PPBM Selangor.

Menurut Sallehuddin, PPBM tidak akan bertolak ansur malah mempertahankan permohonan berkenaan.

Sementara itu, Xavier memaklumkan PH Selangor akan menyelesaikan isu agihan kerusi di negeri itu sekitar akhir bulan ini.

Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan antara semua parti komponen dalam PH namun beliau percaya, ia mampu dimuktamadkan sebelum Mac ini.

“Kita akan selesaikan dalam akhir bulan ini sebab Pengerusi PH Selangor (Azmin Ali) kata kita kena selesaikan juga di dalam Selangor,” katanya.

Xavier dalam kenyataannya semalam memberitahu, baki kerusi yang menjadi pertindihan itu akan dibincangkan selepas perayaan Tahun Baru Cina.

IDE (Institut Darul Ehsan), badan pemikir yang mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Mohaed Azmin Ali dalam kajian yang diterbitkan baru-baru ini merumuskan PPBM Selangor tidak mempunyai kekuatan dan parti itu sama-sama lemah seperti parti Amanah yang bernilai satu peratus.

Kajian IDE itu dipercayai telah menjadi pegangan Azmin dan PKR dalam menentukan pembahagian kerusi di Selangor.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: