February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Kuala Terengganu: Polis Terengganu mengawasi penggunaan media sosial terutama aplikasi whatsapp dan wechat bagi memastikan tidak wujud sindiket yang menjalankan kegiatan jual beli dadah menggunakan aplikasi itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan kegiatan seumpama itu tidak menular di negeri itu.

Beliau mengesahkan Terengganu bebas daripada sebarang kegiatan tersebut dan sehingga kini tiada kes dilaporkan.

“Bagaimanapun kita akan mengawasi  media-media sosial ni supaya tidak ada yang terjebak terutamanya dalam kalangan pelajar yang membuat pembelian melalui media sosial,” jelas Datuk Aidi.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahkan berkaitan kumpulan sindiket jenayah dan dadah yang dikesan menggunakan media sosial bagi merekrut ahli kongsi gelap, penjual  dan keldai dadah.

Jelasnya kemajuan teknologi juga menyebabkan pelajar sekolah antara pelanggan aktif dikesan membeli dadah secara dalam talian menggunakan aplikasi Whatsapp dan Wechat.

Aidi berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk sama-sama membendung jenayah melibatkan para pelajar di negeri itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: