February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menegaskan, pembangkang kini cuba menggambarkan kepada rakyat kononnya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dipenjara kerana memperjuangkan hak rakyat, sedangkan hakikatnya beliau dipenjara kerana telah membocorkan maklumat sulit kewangan individu yang secara jelas melanggar undang-undang Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989(BAFIA).

Menurut beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ampang, propaganda itu dilakukan hanyalah sekadar untuk meraih simpati rakyat terhadap Rafizi dan juga pihak pembangkang serta mahu menggambarkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.

“Inilah permainan persepsi pembangkang. Mereka cuba menangguk di air yang keruh dengan menjual gambaran kesedihan kisah pemenjaraan Rafizi dan cuba mempotretkan Rafizi itu sebagai pejuang rakyat, bertujuan untuk menagih simpati rakyat.

“Hakikatnya Rafizi bukanlah pejuang rakyat,malah beliau adalah pelaku jenayah”, jelasnya kepada UMNO-Online di sini.

Tambah beliau, sudah terlalu banyak kerosakan yang Rafizi lakukan dengan agenda-agenda fitnahnya yang selama ini dijadikan senjata politiknya.

“Malah, perniagaan National Feedlot Corporatioan (NFC) lumpuh kerana fitnahnya dan dia juga akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah dengan memfitnah syarikat tersebut.

“Sudahlah memfitnah, Rafizi turut melakukan kesalahan dengan bersubahat untuk mendedahkan maklumat kewangan individu yang jelas melanggar akta BAFIA.

“Jadi bagi saya, segala apa yang cuba digambarkan oleh pembangkang berhubung hukuman penjara 30 bulan terhadap ahli parlimen Pandan itu, hanya satu taktik untuk menarik simpati rakyat terhadap beliau dan pihak pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun jelas Ismail, beliau berpandangan bahawa propaganda pembangkang itu sukar untuk menarik simpati rakyat, memandangkan dalam isu Ahli Parlimen Pandan ini, Rafizi sememangnya sudah dikenali sebagai ahli politik yang gemar menabur fitnah dan sudah berkali-kali disabitkan kesalahan memfitnah oleh mahkamah.

“Saya yakin rakyat sudah pun mengenali siapa itu Rafizi. Pendekatan fitnah dan hasutan yang digunakan oleh Rafizi sebagai senjata politiknya itu sudah diketahui umum, bahkan ada yang menggelarnya sebagai Raja Fitnah ekoran kesukaanya menuduh pihak lawannya, seperti UMNO dan kerajaan tanpa bukti yang kukuh.

“Sudah tentu kita masih ingat lagi bagaimana Rafizi memfitnah Tabung Haji kononnya mahu bankrap. Fitnah yang beliau taburkan itu menyebabkan ada pendeposit yang menutup akaun dan mengeluarkan wang simpanan merekam dan ini menyebabkan mereka kehilangan giliran menunaikan haji.

“Sedangkan Tabung Haji sehingga ke hari ini masih tetap kukuh dan terus utuh bahkan mengumumkan bonus sebanyak 6.25 peratus kepada pendeposit Tabung Haji untuk tahun ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, begitu juga contohnya seperti isu cincin Datin Rosmah yang beliau canangkan ke seluruh negara, namun setelah dikemukan saman terhadap beliau, akhirnya Rafizi sendiri mengaku bahawa dakwaannya terhadap Datin Seri Rosmah berhubung isu cincin itu hanyalah gurauan semata-mata.

“Satu lagi contoh fitnah Rafizi yang menyusahkan rakyat ialah dalam episod Langkah Kajang yang bertujuan untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, yang terbukti segala tuduhan terhadap Tan Sri Khalid hanyalah fitnah semata-mata sehingga PKR akhirnya terpaksa memohon maaf kepada beliau.

“Jadi, propaganda yang dilakukan dan disebar luaskan oleh pembangkang untuk menggambarkan Rafizi ini kononnya sebagai pejuang rakyat, hari ini sudah tentu sukar untuk ditelan bulat-bulat oleh rakyat, memandangkan segala taktik dan teknik fitnah serta tohmahan yang digunakan Rafizi selama ini sudah dapat dibaca oleh rakyat di negara ini,” tegasnya.-MediaUMNO

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: