February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SPRM digesa menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Ketua Cabang PKR Sungai Besar, Mohd. Fauzi Ahmad dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Abu Talib Bujang berkaitan tender penganjuran Ekspo Raya Aidilfitri 2016 di Sungai Besar, Selangor.

Pengerusi Nadi Rakyat Sungai Besar, Khairulnaem Abu Samah berkata, dakwaan yang didedahkan oleh Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin baru-baru ini itu perlu disiasat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor.

Beliau percaya lebih banyak kes rasuah di Selangor akan terbongkar dan rakyat dapat menilai siapa dalang sebenarnya.

“Korupsi jelas berlaku dengan Mohd. Fauzi selaku Ahli Majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) berada dalam mesyuarat majlis yang meluluskan projek untuk syarikat yang ada kepentingan keluarganya.

“Abu Talib selaku Ahli Majlis (Perlesenan) MDSB jelas menerima suapan bagi menyokong syarikat berkepentingan Mohd. Fauzi memperoleh projek,” katanya dilapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan entri blog Badrul Hisham berkaitan dakwaan rasuah berkenaan ke pihak SPRM di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di sini hari ini.

Pada entri blog chegubard.blogspot.my bertarikh 5 Februari lalu, Badrul Hisham mendakwa perbuatan rasuah itu berlaku ketika Mohd. Fauzi dan Abu Talib menjadi Ahli MBSB.

Katanya, sangat jelas terbukti Mohd. Fauzi yang berada dalam mesyuarat majlis, telah meluluskan syarikat Ligat Bina Enterprise yang mempunyai kepentingannya untuk mengendalikan Ekspo Raya dan Bazaar Ramadhan MDSB 2016.

Mohd. Fauzi juga didakwa membayar RM10,000 kepada Abu Talib sebagai habuan untuk membantu kelulusan tersebut.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: