February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

PUTRAJAYA: Status permohonan pendaftaran sebagai pengundi baru atau
pertukaran bahagian pilihan raya yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) boleh disemak orang ramai bermula hari ini sehingga 19
Februari.

 

Status berkenaan boleh dipamerkan disemua pejabat SPR negeri di seluruh negara.

 

SPR dalam satu kenyataan berkata, ia sudah mengeluarkan senarai
tuntutan bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat
(ST4/207) yang dipamerkan di semua pejabat SPR negeri.

 

Menurutnya, senarai tuntutan itu akan mempamerkan nama individu yang
sudah mengemukakan permohonan pendaftaran baharu atau pertukaran
bahagian pilihan raya.

 

“SPR menyeru semua pemilih yang sudah mengemukakan tuntutan supaya
membuat semakan nama mereka termasuk individu yang namanya tidak
dipamerkan dalam pameran Rang DPT ST4/2017 yang diadakan sebelum ini
pada 17 hingga 30 Januari lalu.

 

“Mereka boleh membuat semakan semula di pejabat SPR negeri,” kata kenyataan itu.

 

Sebarang pertanyaan mengenai pameran senarai tuntutan bagi ST4/2017
boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui talian 03-88927018 atau
menghubungi mana-mana pejabat SPR berdekatan



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: