February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Pembangunan bandar yang lestari perlu dirancang tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Ini mesej utama yang menjadi teras Forum Bandar Sedunia (WUF) ke-9 yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.

Dalam majlis penutup pada hari ini, Pengarah Eksekutif UN Habitat Datuk Maimunah Sharif mengulangi mesej tersebut dan berharap agar komitmen diberi kerajaan untuk merealisasikan “Sustainable Development Goals” atau Sasaran Pembangunan Lestari yang digariskan.

“Ini adalah penting supaya kita dapat mewujudkan bandar yang boleh didiami untuk semua,” kata beliau ketika Majlis Penutup WUF di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tanggungjawab untuk merealisasikan sasaran ini bukan sahaja terletak di bahu kerajaan.

“Jika perkara ini ingin direalisasikan, kita perlu mendapat kerjasama dari semua pihak,” kata beliau ketika ucapan penutup.

Dalam sidang media selepas majlis penutup pula, Maimunah mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam penganjuran WUF kali ini.

Ketika ditanya sama ada Malaysia berada di landasan yang betul dalam merealisasikan sasaran yang ditetapkan, Maimunah berkata beliau percaya polisi yang digubal kerajaan telah mengambil kira sasaran yang digariskan UN Habitat.

“Saya percaya jika Kerajaan mengikut polisi yang digubal, Malaysia akan berada di landasan yang betul,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: