February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -12/02/18 -Mungkin disebabkan kenyataan media Dr Xavier Jayakumar kurang menyakinkan menyebabkan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo ‘merampas’ kenyataan media yang dibuat oleh Naib Pengerusi PKR Selangor.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) Selangor memberi mandat kepada Xavier sahaja mengeluarkan kenyataan media berhubung dengan pembahagian kerusi PH di negeri itu dan parti-parti PH lain diarahkan supaya tutup mulut.

Namun disebab jawapan Xavier yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PH Selangor yang turut diberi peranan mempengerusikan mesyuarat pembahagian kerusi PH negeri tidak menyakinkan, Gobind terpaksa campur tangan.

Ketika ditanya wartawan berapa banyak lagi kerusi yang masih belum diselesaikan, Xavier tidak memperincinya dengan jelas.

“Kira-kira 15 kerusi lagi, mungkin.. Mungkin 15 ke 20 kerusi” katanya.

Ketika wartawan bertanya lanjut kepada Xavier berapa peratus pembahagian kerusi itu telah selesai, cepat-cepat Gobind campur tangan.

“Kita telah berbincang hari ini dan membuat keputusan untuk terus berbincang lagi. Kita gembira dengan hasil perbincangan hari ini dan akan ada lagi mesyuarat dalam dua minggu lagi nanti akan dimaklumkan kepada wartawan. Semua wakil parti hari ini hadir,” ujarnya.

Gobind turut mengambil peluang untuk menjelaskan kenapa tiada wakil DAP dalam mesyuarat pembahagian kerusi sebelum ini.

“Biar saya jelaskan di sini. Mesyuarat (pembahagian kerusi PH Selangor) yang dihadiri oleh empat parti.

“Susulan itu terdapat perbincangan dua hala dan perbincangan tiga hala. Itu sebabnya mengapa DAP tidak terlibat, bukannya kami tidak hadir,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Selangor BERSATU Sallehudin Amiruddin mula berhati-hati dalam kenyataan medianya dan dilihat enggan mengulas lanjut walaupun diasak oleh wartawan.

“Kita diarahkan untuk terus berunding oleh Pengerusi PPBM negeri Datuk Abdul Rashid Asari. Jadi bila diarah untuk berunding kita datang berundinglah atas semangat PH,”katanya.

Ketika diasak oleh wartawan berkenaan hasil perbincangan pembahagian kerusi PH hari ini, Sallehuddin mengulangi jawapan yang sama yang mengatakan partinya akan meneruskan rundingan.

“Sabarlah sikit lagi. Mungkin seminggu dua lagi selesailah,”katanya lagi



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: