February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN INSIGHT

Warga emas ditahan berhubung kes dera amah
POLIS menahan seorang lagi wanita bagi membantu siasatan 
berhubung kes pembantu rumah Indonesia mati dipercayai didera di Taman
Kota Permai 2 di Bukit Mertajam, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul
Hamid berkata wanita berumur 60 tahun itu ditahan di hadapan sebuah
bangunan di Jalan Green Hall, George Town kira-kira 2.30 petang tadi.

“Selepas Adelina Lisio, 28, meninggal dunia semalam, kami mencari
warga emas terbabit yang juga ibu kepada dua beradik yang ditahan
sebelum ini di rumah mereka di Taman Kota Permai 2, namun dia tiada,
dipercayai disembunyikan oleh anak-anaknya bagi mengelak ditahan.

“Wanita itu juga tinggal di rumah yang sama dan difahamkan turut
memukul pembantu rumah berkenaan,” katanya di Bukit Mertajam hari ini.

Adelina yang mengalami kecederaan parah termasuk luka dan lebam di
badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada kira-kira
4.45 petang semalam dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya
untuk bedah siasat.

Adelina ditemui kira-kira 8 malam Sabtu selepas polis menerima
laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga
pembantu kepada ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Lim dan ekoran itu
polis menahan seorang lelaki dan adik perempuannya berumur 36 dan 39
tahun yang merupakan majikan mangsa bagi membantu siasatan.

Nik Ros Azhan berkata wanita warga emas itu akan direman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.

Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas pembantu rumah itu
mendapati dia mati disebabkan kegagalan organ badan kerana kekurangan
darah dan dipercayai mangsa diabaikan keluarga berkenaan.

Polis tidak menolak kemungkinan selain didera dengan dipukul dan
ditampar, pembantu rumah itu turut diabaikan kesihatannya termasuk tidak
diberi makanan dan tempat tinggal yang sempurna sejak beberapa bulan
lepas, katanya.

“Setakat ini, polis telah merekod keterangan beberapa orang saksi
termasuk jiran-jiran majikan mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan
termasuk memanggil beberapa lagi orang antaranya doktor dan kenalan
majikannya bagi membantu siasatan,” katanya. – Bernama, 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: