February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SHAH ALAM: “Saya hanya mahu tahu punca sebenar kematian anak bongsu saya.”

Itulah keluhan seorang bapa, Mohd Nazri Mohamad Yusof, yang hampir dua tahun berusaha merungkai persoalan tersebut selepas sebuah hospital swasta di sini hanya menyatakan kematian anaknya sebagai ‘tidak diketahui’.

Penguasa marin berusia 40 tahun itu berkata, punca kematian yang diberitahu pihak terlibat sukar diterima kerana anaknya, Wan Naufal Afeef, 11 bulan, hanya mengalami demam ketika ditahan di hospital swasta itu pada 9 Julai 2016 namun meninggal dunia enam hari kemudian selepas menerima rawatan.

“Saya amat kesal apabila kematian anak saya tidak diketahui puncanya. Disebabkan itu, saya telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia agar mereka dapat membantu saya dalam hal ini secara lebih lanjut.

“Sebagai ibu bapa, saya dan isteri mahu tahu punca kematian Wan Naufal Afeef kerana sepanjang hayatnya, anak bongsu kami itu tidak pernah mempunyai sebarang rekod kesihatan yang teruk,” katanya kepada Bernama ketika ditemui, di sini pada Selasa.

Mohd Nazri berkata, beliau juga telah berusaha sendiri menghantar jenazah anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 15 Julai 2016 untuk proses bedah siasat termasuk ujian toksikologi tetapi laporan menunjukkan punca kematian kanak-kanak itu sebagai tidak dapat dipastikan.

Tambah beliau lagi, disebabkan hospital swasta terbabit mengklasifikasikan punca kematian anaknya sebagai ‘tidak diketahui’, sehingga kini pihaknya juga sukar memperoleh sijil kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Jelas bapa kepada tiga orang anak itu, tindakannya membuat aduan di agensi-agensi tertentu bukan untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi hanya mahu memohon bantuan menyelesaikan isu tersebut selain sebagai membuka mata masyarakat supaya sebarang kes kematian yang tidak diketahui punca tidak berulang.

Dalam pada itu, Pengarah JPN Selangor, Zahrol Zainal ketika dihubungi berkata pihaknya akan melihat semula kes berkenaan kerana setiap kematian sepatutnya dikeluarkan sijil mati sebagai rekod.

“Kalau ada permit kubur dan laporan polis, sepatutnya sijil mati sudah dikeluarkan walaupun punca kematian dikategorikan sebagai tidak diketahui. Saya akan teliti semula kes ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: