February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AZMIN tidak ada jawapan kenapa pasukan bolasepak Selangor tidak dibenarkan untuk menggunakan Stadium Shah Alam yang menjadi gelanggang mereka sejak sekian lama.  Kerajaan BN dulu bina Stadium ini untuk digunakan pasukan bolasepak negeri tersebut dan perkara-perkara lain berkaitan rakyat Selangor, datang Azmin tak benarkan walaupun FAS sedia membayar.

Pengurusan Stadium ini katanya sekarang diserahkan kepada sebuiah syarikat yang orang-orang PKR ada kepentingan di dalamnya.  Pasukan lain boleh pulak, pasukan negeri sendiri pulak tak boleh.  Felcra FC dan PKNS FC adalah dua kelab yang menjadikan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi.  Tak faham dimana logiknya pasukan bola negeri tak boleh main disitu.

Maka tidak hairan kenapa Azmin cukup gelabah bila wartawan tanya soalan kenapa pasukan bolasepak Selangor tidak dibenarkan bermain di Stadium tersebut.  Iraq yang ada banyak stadium bolasepak pun dikatakan berlatih atas padang pasir.  Bodoh sungguh!!

Ini masalah kalau memilih Pakatan sebagai kerajaan.  Waima benda berkaitan bola pun jadi isu politik kepada mereka, tidak ada apa yang tidak dipolitikkan oleh puak ini.  Bola saja pun, sukan, apa nak politikkan?  Itu baru negeri, bayangkan kalau mereka jadi kerajaan di peringkat persekutuan, semua benda pun jadi isu politik.

Mahathir dulu siap benarkan pasukan kriket Israel lagi masuk bermain ke Malaysia ni, tak jadi masalah pun?  Azmin nak bagi pasukan bolasepak sendiri main di stadium dalam negeri sendiri pulak yang jadi masalah.

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: