February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  berhenti menjadi ‘burung kakak tua’ dengan mengitar semula pelbagai tuduhan liar sebaliknya tampil mengemukakan bukti berhubung projek terowong dasar laut di negeri itu.

Ka Siong yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, siri persoalan belum dijawab Guan Eng termasuk modal berbayar syarikat tujuan khas (SPV) Terowong Dasar Laut Pulau Pinang tidak menepati piawaian ditentukan, iaitu RM381 juta ketika pemberian kontrak oleh kerajaan negeri pada Mac 2013.

Ka Siong yang turut meyelar Guan Eng kerana mendakwa Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai cuba untuk mengelirukan rakyat dengan cubaan sabotaj dengan maklumat yang diperolehi daripada China Railway Construction Corporation International (CRCC) adalah cubaan untuk mengelirukan rakyat.

“Jika soalan demi kepentingan awam seperti ini dikatakan sabotaj, saya rasa ramai ahli DAP ketika ini cuba berbuat demikian (sabotaj) terhadap ekonomi dan pembangunan negara menerusi sesi soal jawab di Parlimen serta pelbagai saluran lain.

“Tiong Lai hanya menjalankan tugasnya yang turut merangkumi bidang logistik dan kemudahan pengangkutan supaya kontroversi melanda CRCC angkara Guan Eng, tidak menjejaskan reputasi syarikat berkenaan dalam menyelesaikan pembinaan projek lain yang dilaksana menerusi kerjasama dengan kerajaan.

“Tindakan sama dibuat bagi memastikan orang ramai tidak menuding jari kepada CRCC, susulan kelewatan menjangkau lima tahun yang berlaku terhadap projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

“Kenyataan Guan Eng seakan memberi gambaran keangkuhannya selepas memperlekehkan tanggungjawab memikul amanah kepentingan awam dan ketelusan membabitkan projek kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebooknya pada Selasa.

Ka Siong turut berkata,  Setiausaha Agung DAP itu mempunyai daya pemikiran seakan burung unta dan terperangkap dalam dunianya sendiri kerana beranggapan masyarakat tidak berupaya menyedari masalah melanda Pulau Mutiara ketika ini.

“MCA tidak akan ‘berpeluk tubuh’ terhadap pelbagai isu membabitkan Guan Eng kerana ia berkaitan kepentingan awam, justeru perjuangan parti terbesar masyarakat Cina itu dalam ‘memburu’ kebenaran akan diteruskan.

“Apa sekalipun, isu membabitkan kepentingan awam dan keselamatan seperti ini ternyata menghakis keyakinan rakyat,” katanya.-14/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: