February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PUTRAJAYA: Kebakaran bangunan KWSP tidak membabitkan sebarang unsur jenayah, sebaliknya adalah satu kemalangan ketika kerja pembaikan masalah kebocoran dijalankan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata berdasarkan siasatan bomba, pihak kontraktor tidak mengetahui ‘cladding’ pada bangunan itu dibuat daripada bahan ‘polystrene foam’.

“Saya mahu menegaskan mana-mana bangunan yang memasang cladding dengan bahan-bahan yang tidak diluluskan perlu ditanggalkan dengan segera.

“Kita tidak mahu kejadian yang sama berulang. Kejadian yang sama pernah berlaku di bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur sebelum ini,” katanya dalam sidang media khas di sini pada Rabu.

Jelasnya, tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang didapati menggunakan bahan yang tidak diluluskan.

“Pihak bomba akan buat ‘spot-check’. Tolong beri kerjasama kepada mereka.

“Jika ada apa-apa yang meragukan, sila hubungi pihak bomba,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL….



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: