February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



JOHOR BAHRU: Seramai 20 warga Filipina termasuk lapan wanita mengaku bersalah di dua mahkamah berasingan atas tuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain.

Di Mahkamah Sesyen, empat wanita dan dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapkan sebelum Hakim Azureen Shahira Sauffee Affandi menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau tiga bulan penjara terhadap dua daripada mereka.

Manakala empat lagi dihukum penjara dua bulan dari tarikh mereka ditahan.

Empat daripada mereka didakwa tanpa kuasa yang sah menggunakan kad pengenalan palsu atas nama orang lain dan dua lagi didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri mereka.

Di Mahkamah Majistret, empat wanita dan 10 lelaki lagi dihukum penjara 10 bulan dari tarikh tangkap selepas masing-masing mengaku bersalah tehadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Aisyah Ahmad.

Tiga daripada mereka didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri mereka, manakala 10 lagi didakwa tanpa kuasa yang sah menggunakan kad pengenalan palsu atas nama orang lain dan seorang lagi didakwa menggunakan kad pengenalan pemastautin tetap palsu atas nama orang lain.

Semua tertuduh yang berusia 20 hingga 42 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terbabit di sekitar Taman Rinting, Masai, Johor, antara 2.30 hingga 4.30 pagi.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 25 (1)(E) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendali Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, Mohd Fazdhly Abdul Razak.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: