February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Disaat keluarga kepada Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Ahli Parlimen Paya Besar yang meninggal dunia di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu masih bersedih di atas kehilangan beliau. Pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Mejar Zaidi Ahmad dilihat tampil menjadikan perkara itu sebagai sebuah isu politik.

Melalui sebaran yang beliau lakukan melalui beberapa group whatsapp, beliau mempersoalkan pengakhiran yang akan ditempuhi Allahyarham Ahli Parlimen Paya Besar itu samada di syurga ataupun neraka.

Beliau menulis, Innalillahi wainna ilahi raajiuun. Lagi seorang meninggal dalam keadaan sedang menyokong pemerintah yg zalim dan merompak wang rakyat berpuluh puluh bilion; agak2 ke syurga atau neraka? Kepada yang masih hidup ambillah iktibar. Mati boleh berlaku bila2 masa. Bertaubatlah segera sebelum terlambat.

Tindakan Zaidi ini ternyata telah melampaui batas-batas norma manusia yang berperi kemanusiaan. Sewajarnya beliau menghormati kesedihan yang dialami oleh keluarga Allahyarham – my-fokus.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: