February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SEBUAH kafe di Scotland muncul dengan aiskrim berperisa pedas yang digelar ‘Respiro Del Diavolo’ atau diterjemahkan sebagai ‘Nafas Iblis’.

Kerana terlalu pedas, pemilik kafe mengeluarkan peraturan bahawa hanya pelanggan yang melebihi umur 18 tahun sahaja dibenarkan membeli aiskrim tersebut.

Kafe yang dikenali sebagai The Aldwych mencipta aiskrim berperisa ‘Nafas Iblis’ itu bersempena sambutan Hari Kekasih yang dirai pada 14 Februari setiap tahun.

Malah, pelanggan perlu menandatangani perjanjian yang disediakan oleh kafe berkenaan kerana terdapat amaran bahawa aiskrim itu boleh menyebabkan kesakitan dan kematian.

Pemilik kafe mendakwa aiskrim ini 500 kali lebih pedas daripada sos Tabasco dan tahap ini meletakkan persamaan dengan empat jenis cili seperti Carolina Reaper, Pepper X, Dragon’s Breath dan Naga Morich.

Secara saintifik pula, kepedasan aiskrim ini adalah 1,569,300 scoville heat unit, iaitu unit digunakan untuk mengukur tahap pedas cili.

Bagi mengelak sebarang insiden buruk berlaku, pekerja yang menghidangkan aiskrim itu juga memakai sarung tangan sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut pemilik kafe, Martin Bandoni, 50, pemakaian sarung tangan diwajibkan untuk pelindungan kerana pelbagai jenis cili mempunyai kesan yang berbeza pada kulit jika dibiarkan terlalu lama.

Bahan aiskrim yang dihasilkan menggunakan resipi turun-temurun dari Itali sejak tahun 1936 dan bahan digunakan adalah sepenuhnya daripada negara itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: