February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Muhyiddin-Yassin_ros_ppbm_600

PETALING JAYA: PPBM akan menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (JPPM) meminta mereka sgera meluluskan penubuhan 21
bahagian parti itu.

Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata ini bagi membolehkan PPBM melebarkan rangkaian ke seluruh negara.

“Bahagian-bahagian itu sudah ada jawatankuasa tetapi tidak boleh
digerakkan lagi selagi tidak mendapat kelulusan secara rasmi oleh JPPM.

“Penubuhan bahagian penting bagi membolehkan cawangan-cawangan juga
dibuat mengikut proses secara sah dan mengikut perlembagaan,” katanya
selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PPBM di Galeri PPBM,
Menara Yayasan Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan perhimpunan agung PPBM menjadi
pertikaian apabila parti itu didakwa tidak mengadakan persidangan di
peringkat bahagian dan cawangan terlebih dahulu.

Setiausaha Agung Shahruddin Md Salleh menjelaskan persidangan di
peringkat bahagian akan diadakan selepas penubuhan bahagian cukup tempoh
setahun, sementara persidangan cawangan tidak adakan kerana belum ada
satu cawangan yang berdaftar dengan JPPM.

Sebelum ini, JPPM berkata kegagalan PPBM mengadakan perhimpunan
tahunan sebagai salah satu sebab PH yang dianggotai oleh parti itu tidak
boleh diluluskan.

PPBM mengadakan AGM pertama di Shah Alam pada 30 Disember lalu lebih setahun selepas didaftarkan pada September 2016.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pihaknya sudah menghantar surat
meminta kerjasama JPPM memaklumkan jenis aduan yang dibuat terhadap
partinya.

“Kita ingin mengetahui apakah sebenarnya aduan itu sebab setakat ini
kita tidak terima salinan laporan yang telah dikemukakan pihak tertentu
mengenai parti kita kepada JPPM,” katanya.

Semalam, FMT melaporkan 3 ahli dan pemimpin PPBM dipecat Lembaga
Disiplin minggu lalu atas pelbagai kesalahan, termasuk mencela dan
menyelar pucuk pimpinan.

Ketua Penerangan Datuk Kamaruddin Md Noor berkata lembaga disiplin
PPBM yang diketuai Tan Sri Sanusi Junid sedang mengenal pasti ahli yang
cuba mensabotaj parti dengan mengadakan sidang media dan membuat laporan
kepada JPPM.

Beliau berkata, ahli serta pemimpin yang melanggar peraturan parti berdepan tindakan disiplin atau dipecat.

Pada 12 Januari lalu, JPPM berkata pihaknya sedang menyiasat lebih
400 aduan yang diterima berkaitan isu perhimpunan agung tahunan (AGM)
pertama PPBM pada Disember lalu.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan ahli PPBM
itu sebagai taktik kotor, dan mendakwa pihak tertentu berusaha
memastikan PH tidak dapat didaftarkan



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: