February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Nampak gayanya, kemelut pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu di Selangor masih lagi menemui jalan buntu apabila masing – masing enggan berkompromi sesama sendiri.

PPBM Selangor kecewa dengan sikap tamak rakannya dalam pakatan pembangkang apabila enggan bertolak ansur berhubung pengagihan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Ketua Penerangannya berkata PKR dan DAPigs enggan berunding untuk melepaskan kerusi disandang mereka, namun pada masa sama mahu bertanding di 12 kerusi milik Barisan Nasional.

Ditanya mengenai bilangan kerusi DUN Selangor yang sudah dimuktamadkan sebagai milik PPBM, Sallehuddin berkata, sehingga kini belum ada satu pun kerusi yang akan ditandingi parti itu.

“Mesyuarat khas PH pada Rabu dan Khamis lalu tidak mencapai sebarang kata putus. Kita juga belum dimaklumkan tarikh baharu mesyuarat untuk bincangkan perkara ini. Apa pun, kita tunggu perkembangannya nanti,” katanya.

Menurut sumber, berdasarkan kepada keputusan awal yang dibuat, PKR dikatakan akan bertanding 19 kerusi DUN sementara DAPigs 18 kerusi. PPBM pula hanya mendapat 10 kerusi manakala PAN sembilan.

PPBM Selangor turut menolak kenyataan Setiausaha Pakatan Selangor, Zuraida Mak Lampir yang berkata, mesyuarat khas berkenaan sudah berjaya menyelesaikan pengagihan 36 kerusi DUN di negeri ini.

Pada PRU-13, BN menang 12 kerusi iaitu DUN Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Permatang, Bukit Malawati, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Kota Damansara dan Dengkil.

PAN pula konsisten mahu bertanding kerusi DUN disandang PAS iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Hulu Klang.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: