February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Prosedur itu membolehkan petugas pusat undi memeriksa
jari pengundi bagi memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau
terdapat kesan dakwat.

spr_undi_600

KUANTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan kaedah
“urutan jari” pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) bagi mengelak
sebarang penipuan semasa proses pembuangan undi.

Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR Nik Aminudin Nik Shahar Shah
berkata menerusi prosedur baharu itu, kerani yang bertugas di pusat
pengundian akan memeriksa kedua-dua belah jari pengundi dengan lebih
teliti untuk memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau mempunyai
kesan dakwat.

“Kerani yang bertugas akan memakai sarung tangan untuk memeriksa jari
pengundi sebelum mereka dibenarkan mencelup jari ke dalam botol dakwat
pilihan raya dan langkah ini kita lakukan memandangkan pada masa
sekarang sudah ada sarung jari tiruan.

“Dalam masa sama ia juga untuk memperkemaskan lagi prosedur dalam
proses pengundian bagi mengelakkan sebarang penipuan,” katanya kepada
Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat sempena Siri
Jelajah Taklimat PRU14 di Auditorium RTM hari ini.

Lebih 60 pengamal media Pahang mengikuti taklimat itu yang bermula
dari 9 pagi hingga 1 tengah hari yang turut disampaikan Penolong
Pengarah Pendidikan Pengundi Akademi tersebut Abdul Fatah Mohd Pilus.

Dalam program itu, pihak media diberi penerangan berhubung perjalanan
sistem pilihan raya di negara ini di samping prosedur permohonan pas
media dan tatacara membuat liputan sepanjang PRU14.

Akademi Pilihan Raya SPR turut melakukan simulasi senario proses
pengundian dan pengiraan undi yang dilakukan sepenuhnya di pusat
mengundi di seluruh negara pada hari pengundian, selain turut menyentuh
isu berbangkit setiap kali pilihan raya.

Beliau turut berharap hasil maklumat yang diperoleh itu dapat
digunakan pengamal media untuk disebarkan kepada orang ramai bagi
mengelak persepsi negatif rakyat kepada SPR.

Katanya Pahang merupakan negeri ke-4 program SPR turun padang selepas Terengganu, Kelantan dan Selangor.

“Kami akan teruskan program seperti ini, dengan penjelajahan ke
negeri lain berdasarkan jemputan untuk memberikan lebih banyak maklumat
dan pendedahan kepada rakyat dalam meningkatkan kesedaran prosedur
pilihan raya yang SPR lakukan selama ini telus dan tidak memihak kepada
mana-mana parti,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: