February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA BHARU: Jika anda mendakwa hidup susah, percaya atau tidak, ada yang lebih melarat.

Tidak makan dua hari kerana tiada beras. Cuma RM1 untuk isi perut ke sekolah. Sama sekali tidak pernah merasa lazat ayam goreng hidangan restoran makanan segera terkenal.

Cerminan kesusahan itu menimpa sebuah keluarga di Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan.

Susahnya hidup mereka, seumur hidup anak keluarga ini, yang berusia 14 dan 13 tahun, mereka tidak pernah menjamah ayam goreng hidangan restoran makanan segera terkenal.

Dua beradik ini cuma mengetahui rasa lazatnya ayam goreng itu melalui iklan di televisyen dan mendengar cerita keenakan ayam tersebut daripada rakan-rakan.

Kalau ke sekolah, pelajar Sekolah Menengah Raja Sakti ini, Mohd Ruzwan Kadir dan kakaknya Nurul Huda Hanim hanya membawa RM1 di dalam poket masing-masing.

“50 sen beli air, 50 sen lagi untuk nuget. Itu sahaja.  Esok begitu lagi. Tidak pernah saya rasa keenakan ayam goreng, hanya tahu bila tengok televisyen dan dengar daripada kawan-kawan,’’kata Mohd Ruzwan ketika ditemui di rumahnya di Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan.

Sepanjang bersekolah, dua beradik ini juga tidak membawa bekal, malah tidak mengambil sarapan kerana tiada lauk.

Dalam sehari, mereka sekeluarga hanya makan sekali sahaja.

“Apa boleh buat, terpaksa ikat perut. Kalau makan juga tidak selera. Ada telur rebus dan budu, itu wajib,’’ kata Nurul Huda.

Situasi yang dialami Ruzwan dan kakaknya itu adalah disebabkan kesempitan hidup kedua ibu bapa mereka.

Bapanya Kadir Abdul Rahman, 51, mengalami penyakit saraf dan bekas pengidap angin ahmar yang menyebabkan beliau tidak mampu bekerja.

Ibunya mereka, Saemah Rashid, 50, juga tidak bekerja untuk menampung keluarga.

Sebelum ini, keluarga ini menetap di Kuantan, Pahang.

Namun, selepas pulang ke Kelantan dua tahun lalu, hidup mereka semakin melarat sehingga pada satu tahap tidak makan selama dua hari kerana ketiadaan beras.

Saemah Rashid, suami dan dua anaknya pernah tidak menjamah nasi selama dua hari kerana ketiadaan beras. - Foto Astro AWANI
Keluarga ini menyewa di sebuah rumah di Kampung Kedai Lalat dengan kadar RM350 sebulan.

Sebelum ini mereka mendapat bantuan Pusat Zakat Pahang, namun selepas pulang ke Kelantan, bantuan tersebut terhenti serta merta.

Keadaan daif ini dialami keluarga berkenaan sejak dua tahun selepas Kadir tidak lagi mampu bekerja disebabkan tahap kesihatannya tidak mengizinkan.

Namun, selama dua tahun, Ruzwan dan Nurul Huda enggan menceritakan masalah yang dihadapi keluarganya itu.

Mereka memendam rasa untuk tempoh yang lama sehingga kisah mereka diketahui daripada seorang rakannya yang mendedahkan keluarga ini pernah tidak makan selama dua hari kerana tiada beras untuk dimasak menjadi nasi.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: