February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Twitter Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang pernah mempersoalkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekitar tahun 2011 kini kembali menjadi tular di media-media sosial.

Melalui kandungan status Twitter berkenaan, Kit Siang dikatakan meminta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjelaskan mengenai status projek NFC yang telah diluluskan pada 2006.

Apa yang melucukan, isu ber­kenaan bagaimanapun seperti menjerat kembali Pakatan Harapan berikutan Muhyiddin kini berada di kem yang sama dengan Kit Siang iaitu barisan pihak pembangkang yang diketuai DAP.

Malah, ia juga seperti menggambarkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu kini bergelumang dengan krisis kepemimpinan apabila memiliki pemimpin-pe­mimpin yang dipalit dengan pelbagai skandal dan kontroversi yang sudah tentunya belum terjawab sehingga ke hari ini.

Kit Siang pernah mendakwa Muhyiddin yang juga sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada waktu itu sebagai individu yang pa­ling tepat untuk menjelaskan mengenai skandal berkenaan, namun tiada jawapan yang diterima sehingga Kit Siang mempersoalkan mengenainya saban tahun.

Malah, Kit Siang dalam blognya https://blog.limkitsiang.com pada 2011 ada menyebut: “Biar Muhyiddin tampil di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menjelaskan dosa-dosa peninggalannya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum PRU-12 pada tahun 2008. Biar dia menjelaskan mengenai pembabitan Kabinet dalam kelulusan projek NFC itu.”

Dalam perkara ini, Muhyiddin dianggap sama seperti peribahasa Melayu, ‘Lempar batu sembunyi tangan’ iaitu melakukan satu perbuatan yang tidak baik, kemudian berpura-pura tidak tahu.

Malah, topik mengenai Muhyiddin yang diminta menjawab skandal NFC oleh Kit Siang ini juga telah dialih dengan arahan Muhyid­din sendiri yang meminta syarikat diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada waktu itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil tampil memberi penjelasan mengenai skandal berkenaan.

Muhyiddin juga dikatakan terus berdiam diri mengenai isu berkenaan selain meninggalkan ‘batu jemala’ itu di atas kepala Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang seterusnya iaitu Tan Sri Noh Omar.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga turut meminta Noh serta Pengerusi Eksekutif NFC Corporation, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami kepada Shahrizat untuk menjelaskan segala-galanya berhubung skandal NFC tersebut sambil dia berdiam diri mengelak darpada membuat sebarang kenyataan.

Bagi Muhyiddin, banyak perkara dan maklumat berkaitan NFC telah didedahkan dan ia menimbulkan persoalan kepada rakyat.

Apa pun, sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada waktu itu, Muhyiddin sudah semestinya mempunyai maklumat dalaman berhubung skandal berkenaan.

Utusan



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: