February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA TERENGGANU: Gagal patuhi peraturan jalan raya, 92 penunggang motosikal dikenakan tindakan dalam sekatan jalan raya di jalan kemajuan, di sini. Salah seorang daripadanya warga Pakistan berusia lingkungan 30-an.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata  warga asing itu ditahan kerana  tidak mempuyai lesen memandu yang sah.

“Sepatutnya dia sebagai warga asing ni di negara Pakistan dah tersenarai dalam negara yang boleh mengubah lesen kepada lesen memandu antarabangsa,”

“Mungkin dalam kes ini orang yang menunggang motosikal ini tidak mendapat maklumat ataupun memang dalam proses untuk membuat ubahsuai tersebut,” jelas Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian selepas operasi khas motOsikal sempena Operasi Tahun Baharu Cina 2018 di Kuala Terengganu.

Dalam operasi itu sebanyak 119 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Tujuh buah motosikal dan sebuah kereta turut disita.

Lima pasangan juga diberi notis untuk hadir ke sesi kaunseling di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: