February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Seramai 11 atlet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah beraksi cemerlang dengan merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 lalu dinaikkan pangkat hari ini.

Majlis pemakaian pangkat kesemua anggota itu disempurnakan sendiri oleh Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan di ibu negara.

Kesemua anggota itu telah mempamerkan aksi cemerlang bersaing dalam tiga jenis sukan pada Sukan Sea KL2017 membabitkan acara Sepak Takraw (Chinlone) yang memberikan emas pertama negara, Kriket dan juga Petanque.

Kesemua mereka menerima kenaikan pangkat satu tangga daripada pangkat hakiki mereka sebelum ini.

“Mereka ini telah mengharumkan nama negara dan TUDM atas pencapaian pada temasya Sukan Sea 2017 yang lalu. Hari ini kita memberikan imbuhan kepada mereka atas jasa yang telah diberikan.

“TUDM sentiasa menyokong setiap anggotanya yang berpotensi dalam bidang sukan dan mengiktiraf pencapaian mereka,” kata Affendi.

Pada majlis itu juga Affendi juga turut mengumumkan enam anggota TUDM yang bakal mewakili negara dan menggalas cabaran pada Kejohanan World Cricket League Division 4 (WCL4) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 April hingga 6 Mei 2018.

Pasukan Cricket ini akan bertolak ke Sri Lanka esok untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab di sana sebagai persedian menghadapi kejohanan itu nanti.

Lebih membanggakan tugas pasukan negara itu nanti akan diketuai oleh Sarjan Udara Mohd Anwar Arudin.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: