February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata bagi melengkapi institusi kekeluargaan yang dibina.

Begitu juga dengan pelakon, Adam Corrie Lee yang mengakui masih menantikan kehadiran cahaya mata setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga

Malah, selebriti berusia 50 tahun ini percaya dengan ketentuan dan rezeki dari ALLAH SWT.

“Sebenarnya, isteri saya dah tiga kali keguguran dan saya juga tak berhenti berdoa dan berusaha.

“Sebabnya, saya tahu di sebalik itu, ALLAH akan bagi rezeki lagi, cuma masanya belum tiba lagi.

“Jadi, saya perlu bersabar dan terus berdoa kerana ALLAH suka mendengar doa hambanya,” katanya.

Adam Corrie diijabkabulkan dengan Fazema Mohd Fuad pada 21 November 2008.

Tambahnya, adalah penting untuk terus bersangka baik dengan setiap perancangan yang telah ditentukanNya.

“Kita perlu sentiasa bersangka baik, percaya dan yakin dengan ALLAH SWT.

“Sebabnya, ada orang yang perlu tunggu lebih lama lagi sampai 20 ke 25 tahun untuk dapat anak. Tentunya cabaran mereka lebih besar. Saya pula baru 10 tahun.

“Apa yang penting, sabar selain jaga hubungan suami isteri agar selalu happy dan saling memahami,” katanya.

Terdahulu, pelakon filem KL Gangster ini mencuri perhatian apabila memuat naik sekeping fotonya sambil memegang dua pasang kasut bayi di laman Instagramnya (IG).

“Tak ada apa-apa pun. Saja-saja. Yelah, saya pun dah tunggu 10 tahun, jadi setiap kali lalu dekat kawasan itu memang geram, setiap kali lalu juga saya pasang niat.

“Cuma, kali ini first time saya ambil gambar sebab kasut itu lawa sangat, biasa lalu tengok-tengok macam tu saja and tak pegang pun.

“Nak buat macam mana, semua itu kerja Tuhan,  kita hanya berdoa. Doa-doakanlah saya. Insya-ALLAH, kalau ada, saya akan umumkannya,” katanya.-14/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: