February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Macam-macam taktik dibuat untuk gugat hubungan baik dan erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak.

 

Mereka yang tidak tahu ekor kepala dan hal sebenar pasti terkejut membaca fitnah disebar di media sosial dimana Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dipetik beri amaran kepada Petronas dibawah bertajuk ‘Ultimatum to Petronas, Get Licence or Get Out’.

 

Bunyinya macam orang nak gaduh besar.

 

Sebaliknya kata dua atau amaran seumpama itu ia tidak wujud langsung.

 

Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada Khamis terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan catatan media sosial yang memetik konon Abang Johari sebagai memberi kata dua atau amaran seumpama itu kepada Petronas.

 

Sambil menyuarakan rasa kesal terhadap berita palsu itu, pejabat Ketua Menteri itu turut menegaskan bahawa Abang Johari tidak pernah berbuat sedemikian.

 

“Pihak pejabat ini mahu menjelaskan bahawa Ketua Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang ultimatum (amaran) kepada Petronas walaupun adalah menjadi tanggungjawab Petronas untuk mematuhi undang-undang negeri ini sebagaimana syarikat lain yang berminat dengan prospek dan perlombongan di Sarawak.

 

“Beliau (Ketua Menteri) juga sentiasa menekankan bahawa Sarawak akan bekerjasama dengan Petronas menerusi syarikat minyak yang baru ditubuhkannya, PETROS dalam sektor minyak dan gas di Sarawak berdasarkan ketetapan undang-undang dan Perlembagaan.

 

“Berita palsu itu adalah sesuatu yang amat dikesali,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

 

Menerusi paparan media sosial bertajuk ‘Ultimatum to Petronas, Get Licence or Get Out,’ (Kata Dua kepada Petronas, Dapatkan Lesen atau Keluar) yang tersebar itu, Ketua Menteri Sarawak didakwa memberi kata dua kepada Petronas bahawa syarikat tersebut perlu mendapatkan lesen di bawah Ordinan Perlombongan Minyak Negeri 1958 untuk beroperasi di Sarawak.- 15/2/2018

 

 

 

 

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: