February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Mohd Asri Zainul Abidin 

MYNEWSHUB

 

KUALA
LUMPUR – ‘Kita tidak pasti apakah akan terjadi kepada masa depan
keharmonian kaum dan agama jika individu seperti Timbalan Setiausaha DAP
mempunyai kedudukan politik yang penting dalam Malaysia.”

 

Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata,
keharmonian antara rakyat di negara ini hendaklah dipelihara kerana
tersilap langkah negara akan kehilangan segala keamanan yang telah
dinikmati selama ini.

Tegas beliau, seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan Islam wajib
mengukuhkan hubungan antara mereka secara harmoni, santun dan memahami
latar sejarah negara ini.

“Kita amat bimbang dengan sikap tegang dan permusuhan yang ditunjukkan oleh sebahagian kalangan rakyat berkaitan isu agama.

“Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.
Ya Allah! Selamat negara ini dari permusuhan antara rakyat tanpa sebab
yang benar,”
katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau turut memuat naik gambar Timbalan Setiausaha Agung yang juga
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. P.Ramasamy di laman
Facebooknya.

Semalam, Mohd. Asri menyatakan rasa syukur kerana pendakwah Islam
terkemuka, Dr. Zakir Naik menang semua kes mahkamah di peringkat
antarabangsa dan di negara ini.

Tuduhan pengganas keatas beliau turut dinafikan oleh semua mahkamah dan pengadilan di Barat, di negara asalnya dan di Malaysia.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kes dihadapi Zakir itu menunjukkan
bahawa permusuhan terhadap Islam dan umatnya bukan sesuatu yang
tersembunyi lagi.

Justeru, Mohd. Asri menyifatkan pihak yang mendokong Zakir dalam kes
itu iaitu Kerajaan Persekutuan Malaysia telah melakukan tugas yang baik
serta patut dipuji dan dibela.

“Sementara yang membawa kes Zakir dan semua yang bersekongkol
dengan mereka, menzahirkan permusuhan yang jelas terhadap kaum muslimin
tanpa alasan yang benar,”
kata beliau semalam.

Ramasamy sebelum ini mengecam kehadiran Zakir di Malaysia malah
menggelarnya sebagai ‘setan’ dan menuntut kerajaan menghalaunya keluar
dari Malaysia.

Menerusi kenyataannya di Facebook, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’. – MYNEWSHUB.CC

LIHAT VIDEO DI SINI

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: