February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -14/02/18 -Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menutup pintu kerjasama dengan PAS di Selangor, lapor Nanyang Siang Pau.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina itu, Azmin berkata semua kerja pra-pilihan raya Selangor dijalankan atas nama Pakatan Harapan dan tidak akan ada lagi rundingan kerusi atau pakatan rahsia antara beliau dan PAS.

“Memandangkan PAS telah menyatakan berpecah dengan PH di peringkat kebangsaan, kita tidak akan bekerjasama dengan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya dipetik sebagai berkata.

Azmin berkata beliau menghormati kedudukan tiga exco PAS di dalam kerajaan negeri, walaupun selepas parti Islam itu mengumumkan ia memutuskan semua hubungan dengan PH, kerana mereka dipilih oleh rakyat.

“Saya bertolak ansur dengan PAS Selangor, kerana mereka benar dari segi dasar Selangor yang melayan semua rakyat secara saksama,”

“Sebenarnya, saya sudah bertolak ansur dengan mereka sejak sekian lama. Saya tidak memilih ini, ia pilihan rakyat,”kata Azmin.

Bagaimanapun, memandangkan penggal mereka sudah berakhir, Azmin berkata beliau tidak akan dapat bertolak ansur dan bersedia berdepan pertarungan tiga penjuru dengan PAS dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak faham suasana politik Selangor yang berbeza dengan Kelantan atau Terengganu kerana negeri ini berbilang bangsa untuk semua kaum, agama dan budaya.

“Kami adalah masyarakat berbilang kaum, masyarakat berbilang bangsa dan sangat penting kerajaan negeri dan kepimpinan mesti dapat menyediakan dasar yang sangat kondusif kepada semua orang.

“Hadi tidak memahami perkara di atas dan tersilap memikirkan PAS kekal di Selangor berdasarkan sokongan pengundi Islam,”katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: