February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah
menutup pintu kerjasama dengan PAS di Selangor, lapor Nanyang Siang Pau.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina itu, Azmin
berkata semua kerja pra-pilihan raya Selangor dijalankan atas nama
Pakatan Harapan dan tidak akan ada lagi rundingan kerusi atau pakatan
rahsia antara beliau dan PAS.

“Memandangkan PAS telah menyatakan berpecah dengan PH di peringkat
kebangsaan, kita tidak akan bekerjasama dengan mereka pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14),” katanya dipetik sebagai berkata.

Azmin berkata beliau menghormati kedudukan tiga exco PAS di dalam
kerajaan negeri, walaupun selepas parti Islam itu mengumumkan ia
memutuskan semua hubungan dengan PH, kerana mereka dipilih oleh rakyat.

“Saya bertolak ansur dengan PAS Selangor, kerana mereka benar dari
segi dasar Selangor yang melayan semua rakyat secara saksama,”

“Sebenarnya, saya sudah bertolak ansur dengan mereka sejak sekian lama. Saya tidak memilih ini, ia pilihan rakyat,”kata Azmin.

Bagaimanapun, memandangkan penggal mereka sudah berakhir, Azmin
berkata beliau tidak akan dapat bertolak ansur dan bersedia berdepan
pertarungan tiga penjuru dengan PAS dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak faham
suasana politik Selangor yang berbeza dengan Kelantan atau Terengganu
kerana negeri ini berbilang bangsa untuk semua kaum, agama dan budaya.

“Kami adalah masyarakat berbilang kaum, masyarakat berbilang bangsa
dan sangat penting kerajaan negeri dan kepimpinan mesti dapat
menyediakan dasar yang sangat kondusif kepada semua orang.
“Hadi tidak memahami perkara di atas dan tersilap memikirkan PAS kekal di Selangor berdasarkan sokongan pengundi Islam,”katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: