February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



LIMA: Sekurang-kurangnya lima pesalah muda meninggal dunia di sebuahpusat tahanan juvana di utara Peru selepas kebakaran berlaku pada Rabu ketika berlaku pertikaian antara tahanan.

Pusat Diagnosis dan Pemulihan Juvana di mana kematian berlaku di bandar Trujillo, 550 kilometer di utara Lima di Peru

Menurut pihak berkuasa masih tidak jelas berapa banyak tahanan yang terlibat dalam keganasan, tetapi pihak berkuasa memberitahu media tempatan bahawa kebakaran bermula ketika tahanan yang marah bertindak membakar tilam mereka.

Pertempuran bermula di tingkat dua pusat di satu seksyen dimana 36 orang pesalah kanak-kanak ditempatkan.

Susulan itu anggota keluarga para tahanan berkumpul di luar pusat tahanan terbabit.

Dua puluh sembilan tahanan dihantar ke hospital terdekat dan kebanyakannya mengalami sesak nafas.

Pihak berkuasa belum lagi mendedahkan nama lima mangsa terbabit dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya selepas 3 jam.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: