February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Seronok sangat pembangkang reka cerita kononnya Malaysia ini sudah hilang maruah bila ada orang Israel masuk Malaysia. Ini kali pertama diplomat Israel masuk Malaysia, tulis Malaysiakini. Sebenarnya Malaysiakini ‘spin” cerita.

Ayman Rasydan Wong membetulkan cerita ‘spin’ Malaysiakini itu, ini fakta yang sebenarnya ;

“Diplomat UN ni memiliki pasport diplomatik yang dikenali seagai “Laissez Passer” (bermaksud “Let him pass” dalam Bahasa Perancis). Menurut Konvensyen Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-Pegawai UN (“Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations”) yang dipersetujui oleh Malaysia, kerajaan tak boleh menghalang kemasukan pegawai UN, dan perkara yang sama termaktub dalam Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) Tahun 1992”

David Roet datang sebagai diplomat UN, pakai passport UN bukan passport Israel seperti yang didakwa oleh Malaysiakini. Ramai penyokong bunga yang baru kenal Mahathir melompat sakan semalam tentang cerita ini.

Apa yang mereka tidak tahu adalah sejarah ini. Orang Malaysia yang pertama kali pergi ke Israel sejak Malaysia merdeka pada 1957 adalah Tunku ”Charlie”, rakan bisnes Mahathir pada bulan Jun 1994. Passport Malaysia larang masuk Isreal, tetapi kenapa rakan bisnes Mahathir itu boleh masuk?

Kedua, orang Israel yang paling ramai masuk Malaysia adalah pada 24 Mac hingga 13 April 1997. Seramai 14 orang pemain kriket dari Israel berada 20 hari di Malaysia untuk kejohanan Piala Carlsberg International Cricket Cup. Pasukan Israel ini kalah semua lima perlawanan.

Masa itu bukan main lagi Mahfuz dan Din Pudu buat demonstrasi hingga ditangkap Mahathir masuk lokap kerana kes 14 orang pemain kriket Israel. Hari ini, Mahfuz dan Din Pudu ada buat demo bila David Roet masuk ke Malaysia untuk program United Nations sebagai diplomat UN? Tiada.

Sumber yang Malaysiakini ambil dan petik untuk dijadikan isu ini pun dari Times Of Israel, surat khabar dari Israel. Samalah ketika Datuk Seri Najib terserempak dengan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel di PBB pada 1 Oktober 2015. Pembangkang ‘spin’ kononnya ada hubungan mesra antara Najib dan Netanyahu.

Gambar itu pun pembangkang ambil dari sumber wartawan Israel, kemudian “spin” cerita hendak bagi rakyat Malaysia marah. Sebenarnya, Datuk Seri Najib hanya terserempak sahaja dengan Netanyahu. Sebelum itu, seluruh dunia tahu isi dan ketegasan Datuk Seri Najib tentang isu Palestin.

Jangan dilupakan, pada tahun 2013, Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama jejak kaki ke Palestin. Pada 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dan ia adalah hasil suara Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela.

Oleh itu, cerita David Roet masuk Malaysia ini dijadikan isu untuk tutup kelemahan dan pergaduhan rebut kerusi dalam pembangkang. Untuk tutup cerita orang kanan Guan Eng yang disoal berbelas jam oleh SPRM tentang isu terowong.

Usah percayalah cerita persepsi pembangkang ini. Mereka tidak ada kebaikan lagi untuk diceritakan, setiap hari kena reka cerita palsu ini bagi burukkan Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional. Di musim cuti ini, mari kita kongsi banyak banyak cerita kegembiraan dan kejayaan negara kita. Tolak jauh jauh berita palsu ini.

Sumber BeruangBiru



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: