February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUANTAN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya menggunakan ekor ikan pari.

Tertuduh Ruslan Ahmad 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah memukul isterinya yang berusia 31 tahun sehingga cedera di bahagian perut pada Selasa lalu di rumah mereka.

Tertuduh Ruslan Ahmad 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.- Foto Astro AWANI

Kejadian tersebut berlaku pada jam lebih kurang 9 malam di Taman Dato Rashid Salleh, Kuantan, Pahang.

Kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua darinya.

Manakala Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula boleh dipenjara dua kali ganda hukuman penjara maksimum bagi Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayati Abdullah.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 15 Mac depan//



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: