February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SINGAPURA: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan berada di Singapura pada 19 Mac ini untuk berucap di majlis tertutup anjuran Bank of Singapore, menurut laporan Channel NewsAsia.

Ia akan menjadi kehadiran kali pertama presiden ke-44 AS itu ke Singapura selepas meninggalkan White House pada Januari tahun lepas, menurut laporan tersebut.

Memetik Ketua Pegawai Eksekutif, Bank of Singapore, Bahren Shaari, laporan itu berkata, Obama akan berucap di hadapan 1,000 pelanggan terpilih dan tetamu jemputan.

“Selama lapan tahun, Obama merupakan individu paling berpengaruh di dunia, dan daripada perspektif unik ini, beliau akan berucap mengenai masa depan ekonomi global, serta peranan Asia yang semakin berkembang.

“Sebagai sebahagian daripada usaha melibatkan pelanggan kami, kami sentiasa mencari peluang istimewa supaya pelanggan kami memperolehi perspektif yang menarik daripada pemimpin dunia dalam bidang seperti kewangan, ekonomi dan pelaburan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut laporan itu, personaliti terkenal yang telah berucap dalam acara Bank of Singapore sebelum ini termasuk penerima Hadiah Nobel, Profesor Joseph Stiglitz dan Paul Krugman, selain Ahli Fizik Teori dan Futuris, Dr Michio Kaku.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: