February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



THE HAGUE: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, pada Selasa selamat daripada undi tidak percaya dalam parlimen negara itu selepas Menteri Luarnya, Halbe Zijlstra, meletak jawatan kerana berbohong mengenai pertemuan beliau dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor agensi berita China Xinhua.

Pemimpin Parti untuk Kebebasan (PVV), Geert Wilders, telah mencadangkan undi tidak percaya terhadap Rutte atas reaksinya terhadap pembohongan Zijlstra, dan beliau telah disokong oleh lima parti pembangkang lain.

Usul itu bagaimanapun tidak berjaya meraih undi majoriti.

Terdahulu, Zijlstra mengumumkan peletakan jawatannya sejurus sebelum perbahasan berkaitan kedudukan beliau dalam Dewan Rakyat di Parlimen Belanda.

Tekanan ke atas beliau memuncak selepas Menteri Luar berusia 49 tahun itu mengaku kepada akhbar Belanda, de Volkskrant, pada Isnin bahawa beliau telah berbohong tentang kehadirannya dalam satu pertemuan dengan Putin pada 2006.

Pada hari berikutnya, beliau telah tersalah tafsir kata-kata Putin mengenai isu “Great Russia.”

Perdebatan telah berlangsung tanpa kehadiran Zijlstra, dan Rutte terpaksa mempertahan keputusan asalnya untuk menyokong Menteri Luar itu dan sebab beliau tidak memaklumkan parlimen dengan segera selepas mendengar mengenai pembohongan Zijlstra pada 29 Jan.

Rutte mengaku telah melakukan kesilapan dan menyalahkan dirinya kerana memandang rendah keseriusan kes itu apabila Zijlstra memaklumkan beliau dua minggu lepas mengenai artikel yang bakal disiarkan oleh de Volkskrant.

Sigrid Kaag, Menteri bagi Perdagangan Luar dan Pembangunan Kerjasama, akan mengambil alih tugasan Zijlstra buat sementara waktu sehingga pengganti beliau dilantik.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: