February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PERDANA Menteri Nepal, Sher Bahadur Deuba pada meletak jawatan pada Khamis untuk membuka jalan kepada perikatan berhaluan kiri membentuk kerajaan baharu.

Selepas berucap kepada rakyat negara itu susulan satu mesyuarat kabinet pada sebelah pagi, Deuba mengumumkan peletakan jawatannya setelah selesai proses pemilihan Wilayah, Dewan Perwakilan dan Perhimpunan Kebangsaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyerahkan keputusan akhir pemilihan persekutuan dan wilayah kepada Presiden Bidya Devi Bhandari pada petang Rabu.

Pemimpin Parti Komunis Nepal, Khadga Prasad Oli dijangka menggantikan Sher Bahadur. 

Deuba telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Nepal yang ke-40 pada Jun tahun lepas di bawah perikatan dengan CPN Maoist Centre, menggantikan Pushpa Kamal Dahal.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Nepal dari 1995 hingga 1997, dari 2001 hingga 2002 dan dari 2004 hingga 2005.

Deuba dipecat oleh Raja Gyanendra Shah pada 2005 kerana gagal mengadakan pilihan raya dan membawa pemberontak Maois ke meja rundingan.

Walaupun gabungan dua Parti Komunis Nepal menang besar, mereka bakal berdepan cabaran untuk  melaksanakan peraturan pilihanraya baharu dalam perlembagaan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: