February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sehingga hari ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa pada mulanya dulu lelaki yang merupakan anak kepada seorang ‘negarawan ulung tahap dewa’ begitu diterima baik di negeri Kedah, namun setelah hampir 3 tahun di sana dia akhirnya ‘menyingkirkan diri sendiri’ dalam keadaan yang agak terhina.

Ketika dia ‘pulang’ ke Kedah kira-kira 4 bulan sebelum PRU ke-13 lalu, mungkin ada di kalangan pihak tertentu yang tahu bahawa dia ‘pulang’ bukan dengan tangan kosong semata-mata untuk bertanding pilihan raya.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan seseorang yang amat dihormati Presiden UMNO ketika itu meminta supaya lelaki itu dilantik menjadi Menteri Besar. Khabarnya, ekoran daripada dia kurang ‘perform’ di peringkat kementerian, maka permintaan itu memberi alasan ‘mahu polish’ sikap lelaki tersebut.

Namun begitu, dia seolah-olah masih ‘blur’. Dia bagai tidak tahu tentang adab dan cara ‘orang Kedah’. Di negeri itu, siapa yang mahu memimpin di peringkat negeri, maka dia perlu bermastautin dalam erti kata lain, bawa anak isteri pindah dan tinggal di sana.

Walau bagaimanapun, mungkin sudah terbiasa dengan gaya hidup mewah dan sosial yang berbeza dengan cara ‘orang Kedah’, dia tidak berbuat demikian dan keluarganya tetap menetap di kota metropolitian di ibu negara.

Mungkin tidak standard ‘rambut merah’ bergaul dengan orang Kedah yang lebih gemar bertudung litup. Mungkin keluarganya kurang selesa bercampur dengan orang Kedah yang sopan berpakaian, tidak berskirt atau berseluar pendek dan berbaju fesyen terbelah ‘koyak’ di sana sini.

Tapi tak mengapalah. Mungkin memang itu cara ‘aristokrat’ yang kurang biasa dengan mesin padi, bergelumang selut bendang di bumi bertuah itu. Ketika itu, ramai yang berharap ‘budak kota metro’ itu mampu segera menyesuaikan diri bila jadi Menteri Besar.

Namun malang, dia tetap juga tidak berubah. Semakin dia ubah, semakin kekok pula jadinya. Perkara biasa pemimpin melepak bertandang depan rumah orang kampung, padanya suatu yang ‘luar biasa’. Pantang jumpa, kira mahu berselfie saja kerjanya…

Ketika dia mula memimpin UMNO di Kedah, ramai jentera-jentera yang bertanggungjawab dan banyak berkorban membantu kemenangan BN di negeri itu dia ‘terajang’ keluar. Dia mula susun ‘rejim’nya sendiri di bangunan keramat parti di negeri itu.

Lebih melucukan, dia lantik entah siapa untuk mengatur tadbir negeri Kedah. Yang pasti, ada dari ibu negara dan ada juga dari Perak. Ketika 5 tahun Kedah di tangan pembangkang, tidak kelihatan pula wajah-wajah itu memperjuangkan parti.

Mereka yang entah siapa inilah yang dia harapkan dan percaya untuk membantunya mengemudi Kedah. Sedangkan Ketua-Ketua Bahagian, jentera-jentera dan penggerak parti langsung dia tidak peduli. Yang dia tahu, ‘aku yang perintah’…

Ekoran itu, ramai yang dikatakan telah jauh hati, rasa langsung tidak dihargai. Dia mendakwa orang UMNO tidak suka padanya kerana dia tidak beri projek? Penulis rasa, dia tidak perlu terlalu perasan sangat atau bersikap poyo begitu.

Orang UMNO bukan mahukan projek seperti yang dia sangka, hanya penghargaan dan tegur sapa yang mesra, itu sudah memadai. Itu budaya sopan santun dan berbudi bahasa yang menjadi amalan orang Kedah. Mungkin ‘aristokrat’ sepertinya tidak kenal apa erti adab orang Kedah?

Di pejabat UMNO negeri, khabarnya semua jentera baru dia ‘lena’. Ada data dan sistem, tapi semuanya disimpan berhabuk dalam stor. Parti lain bergerak dapat puluhan ribu daftar pemilih, dia pula terhegeh-hegeh tidak bergerak jumlah bilangan. Kakitangan pejabat UMNO pun risau dibuatnya…

Ketika dia mula pengerusikan mesyuarat, ramai juga ketua UMNO Bahagian yang hadir. Tapi lama kelamaan, bila terserlah sikap kurang ajar dan tidak beradab budayakan orang Kedah, maka semakin ramai yang malas hadir. Adalah tiga empat orang yang hadir, itupun kerana terpaksa…

Tidak dinafikan, memang lelaki ‘anak negarawan’ itu popular di kalangan anak muda. Maklumlah, diakan ‘anak negarawan’. Tapi mereka tidak tahu dan tidak sedar bahawa lelaki itu tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka sepanjang menjadi Menteri Besar.

Dia tidak berusaha menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang mencukupi. Jalan raya negeri pun tidak dipeduli, termasuk di kawasan dia sendiri. Negeri Kedah itu tidak ubah bagai tempat dia ‘melancong’ sahaja setiap minggu. Rasmi sana, rasmi sini, tapi habuk pun tiada…

Akhirnya, sebelum menjadi lebih parah, maka kerana itulah ketua-ketua UMNO Bahagian bertindak. Walau membelanya setahun sebelum itu atas nama mempertahankan institusi parti di peringkat negeri, namun kerana perangai ‘terlampau bodoh sombong’nya itu, ramai yang bimbang tentang masa depan parti.

Tinggal setahun dua lagi sebelum habis penggal, memandangkan dia tidak berubah, maka terpaksalah dia dinyahkan. Walaupun berisiko, namun bagi menjaga institusi parti dan menggerak UMNO negeri dari ‘lena yang panjang’, dia perlu meletak jawatan segera.

Politiknya dari awal lagi dia memang bermasalah. Padan pun lawan KJ dan Dr Khir pun dia ditempat yang tercorot. Angannya terlalu tinggi kerana memikirkan status ‘anak negarawan’, tapi akalnya terlalu cetek untuk menjadi seorang ahli politik yang hebat.

Nama saja lahir di Kedah, tapi sebenarnya dia bagai ‘orang luar’ yang tidak tahu apa-apa tentang negeri kelahirannya. Mungkin dia lebih tahu Tokyo dan Kuala Lumpur lebih dari Kedah. Dan kini, tiba-tiba nak mengaku dirinya ‘orang Kedah’? Nak kena ‘punggai’?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: