February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



DUNGUN: Seorang pemuda melecur lebih separuh anggota badannya selepas terkena letupan tong dram.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi tadi, mangsa Mohammad Sallehuddin Md Nor, 26 tahun, sedang menjalankan kerja-kerja kimpalan di sebuah bengkel di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka.

Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azmi Abdul Rahim berkata, sejurus menerima panggilan pada jam 11.53 pagi, lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Azmi, siasatan awal mendapati tong dram meletup akibat kerja-kerja bengkel.

“Kita dapati kebanyakan tong dram yang terdapat di bengkel tersebut masih mempunyai sisa-sisa bahan mudah terbakar di dalamnya.

“Akibat daripada kerja-kerja welding atau kerja-kerja pemotongan tong dram, berlaku percikan api yang boleh mencetuskan kebakaran,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun letupan itu tidak melibatkan struktur bangunan.

Azmi turut menasihatkan pengusaha bengkel supaya memastikan kandungan di dalam tong dikosongkan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja pemotongan dan kimpalan.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: