February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Perkara ini memang rumit.Ini diakui oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri.

 

“Penceramah fizikal boleh ditegur atau ditarik tauliahnya tetapi bagaimana kalau ada ceramah-ceramah itu disebarkan di YouTube menyebabkan yang pengikut-pengikut menjadi taksub? Bagaimana pula dengan penulisan dalam teknologi baru?” 

 

Itu kata Timbalan Perdana Menteri Khamis ketika mengarahkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al- Quran (PQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau semua medium penerbitan bagi mengesan aktiviti penyebaran hadis palsu.

 

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith & Wacana Kawal Selia Hadith Siri II, di Putrajaya.

 

Kata Zahid mudah bagi pemantauan dilakukan terhadap bahan bercetak kerana tertakluk kepada piawaian seperti Nombor Buku Piawai Antarabangsa (ISBN) sebaliknya sukar bagi mengawal ‘ penceramah segera ‘ dan ceramah-ceramah yang disiar menerusi media sosial.

 

“Apa yang paling sukar adalah penceramah yang sebelum ini seorang pemain gitar utama sebuah kumpulan rock. Ya, memang ceramah dia merujuk kepada sumber hukum, tetapi tafsirannya berbeza.

 

“Dia mempunyai pengikut ramai dan pengikutnya taksub. Ini menyebabkan berlakunya amalan yang salah,” katanya.

 

“Apabila hadis palsu diberi tafsiran salah dan dicampur lawak jenaka, daya tarikannya menjadi luar biasa, ia sekali gus merosakkan imej Islam dan memecahkan umat Islam,” katanya.- 15/2/2018

 

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: