February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Keadaan ekonomi dan bursa saham di negara ‘Puganda Timur Laut’ dijangka tidak akan stabil selama sepenggal dua sekiranya parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatun ‘tiada’ Harapan berjaya menjajah negara itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

Ia adalah disebabkan atas faktor utama yang merujuk kepada tahap kesihatan calon Perdana Menteri bagi gabungan Pakatun ‘tiada’ Harapan itu yang sering terganggu kesihatannya pada usia yang terlalu emas namun terlalu ‘gilakan kuasa’.

Difahamkan bahawa calon perdana menteri ‘sementara’ itu kini bergantung harap kepada sumber ‘bateri’ kecil untuk memastikan jantungnya stabil dan mampu memanjat lori atau berceramah membantu PaNDAP, bekas musuh politik yang diseranahnya dulu dan kini menjadi rakan parti sekutu paling rapatnya.

Menurut doktor pakar dan ahli ekonomi negara itu, sekiranya dia kembali menjadi Perdana Menteri dan terbatuk sedikit di khalayak ramai, dikhuatiri ia akan menjejaskan bursa saham yang mana akan menyebabkan ramai pelabur dan pemegang saham meninggal dunia akibat ‘terkejut’.

Selain itu, impak negatif terhadap bursa saham itu juga akan membarah dan menjejaskan ekonomi negara tersebut sekiranya batuknya itu berlarutan serta terpaksa dikejarkan ke hospital atau IJN-PUTL untuk rawatan lanjut.

Jika tempoh rawatannya mengambil masa lebih daripada tiga hari, keadaan ekonomi negara itu dijangka akan lumpuh dan ramai peniaga-peniaga akan rugi besar akibat daripada ketidaktentuan ekonomi berkenaan.

Biarpun warga emas itu sebelum ini dinasihatkan supaya bersara sepenuhnya dan kembali ke tikar sejadah, namun dia tidak mengendahkan nasihat murni itu dipercayai bagi memastikan kerusi dan kuasa perdana menteri kembali menjadi miliknya.

Beberapa penganalisis ekonomi tersohor dunia mengingatkan rakyat di negara berkenaan supaya berhati-hati sekiranya warga emas itu meninggal dunia ketika menjadi perdana menteri kerana ia akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dan politik negara, sekali gus akan menjahanamkan keseluruhan sistem pentadbiran.

Sementara itu, sekiranya pelan peralihan kuasa daripada warga emas berkenaan kepada seorang banduan jenayah dilakukan mengikut perancangan, maka sekali lagi negara ‘Puganda Timur Laut’ akan mengalami huru-hara akibat ketidaktentuan ekonomi dan sosio-politik.

Amaran dan kebimbangan tersebut adalah berdasarkan kepada kemungkinan berlakunya fenomena ‘menti membalas dendam terhadap mentor’ yang sebelum ini telah hampir menghancurkan seluruh karier banduan tersebut sejak insiden 1998.

Menurut sumber dalaman negara itu, warga emas itu bukan saja menghumban mentinya itu ke penjara kerana cuba mencabar kuasanya pada 1998, malah turut memalukan mentinya dengan tuduhan zina dan seks luar tabii dengan beberapa lelaki, termasuk seorang warga emas.

Ketika kes itu dibicarakan, seluruh dunia gempar dengan insiden-insiden seperti ‘mata lebam’, mengusung tilam ke hulu ke hilir, aksi-aksi maki hamun di perkarangan mahkamah, perarakan demontrasi jalanan, pukul memukul dan tembakan ‘water cannon’ yang menggatalkan kulit.

Sekiranya banduan itu mengambil alih kuasa, dia bukan saja dijangka akan memenjarakan warga emas yang membulinya dulu, malah mungkin akan menjual negara kepada ‘Wolfwolfowitz’, ‘Gore Al-Gore’ dan sekutu-sekutu neo-con Israelnya di rantau eropah.

Melalui sumber dalaman Pakatun ‘tiada’ Harapan, dikatakan terdapat usaha pihak tertentu untuk memujuk warga emas tersebut mengundur diri dari terus menjadi calon perdana menteri. Namun begitu, nasihat berkenaan tidak diendahkan, sebaliknya pihak berkenaan dituduh sebagai ‘makan dedak’.

Dalam satu mesyuarat Pakatun ‘tiada’ Harapan, dia difahamkan tanpa rasa segan silu telah menawarkan diri untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri, sekali gus menimbulkan senyum sinis di kalangan mereka yang hadir mesyuarat, menandakan betapa ‘gila kuasa’nya warga emas itu.

Akibat terlalu kemaruk kuasa, warga emas berkenaan dilaporkan sanggup merangkak menjilat ludah dan kahak hijau yang dihamburkan kepada parti sekutunya sebelum ini, termasuk membuat beberapa pusingan U yang menggamatkan suasana mentertawakan gelagatnya yang disyaki kembali menjadi ‘kanak-kanak nestum’.

Beberapa pihak turut mengambil inisiatif meminta supaya ahli keluarga warga emas itu menasihatkannya agar menarik diri. Namun begitu permintaan tersebut ditolak oleh ahli keluarga berkenaan kerana mereka mahu menambah kekayaan sedia ada. Belum puas lagi ‘rompak’ kekayaan selama 22 tahun katanya…

Biarpun begitu, dijangka angan-angan warga emas tersebut untuk kembali berkuasa di negara ‘Puganda Timur Laut’ tidak akan menjadi kenyataan ekoran daripada majoriti rakyat yang bukan saja tidak yakin, malah meluat dengan sikap warga emas berkenaan dan rakan-rakan sekutu beliau.

Difahamkan, ekoran daripada faktor penyakit ‘alzheimer’ yang disyaki sedang dihidap warga emas itu, ramai rakyat di negara tersebut yang mencebik bibir, semakin menyampah dengan kerenahnya yang perasan bagus dan ‘maksum’, serta mengharapkan dia dapat ‘pengajaran berguna’ pada PRU ke-14 negara itu nanti. Sekian, terima kasih…



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: