© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / David Teo ditampar – kecoh di Seri Perdana

David Teo ditampar – kecoh di Seri Perdana

PUTRAJAYA: Berlaku kekecohan pada program TN50 sebentar tadi apabila pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo ditampar pelakon veteran Sulaiman Yassin (atau lebih dikenali sebagai Mat Over) dipercayai kerana bersikap ‘kurang ajar’ di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kejadian berlaku ketika beliau cuba bertanyakan soalan pada sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, di sini, malam ini.

David dilihat bertegas mahu bertanya kepada moderator dialog iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor namun tidak diendahkan. Ketika itulah kelibat Mat Over kelihatan dari belakang pentas menuju ke arah David lalu menamparnya.

YouTube:  Friends of PDRM

Personaliti TV terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang berada di tempat kejadian menceritakan situasi yang berlaku kepada Astro AWANI. 

“Saya duduk di belakang Datuk Seri Najib. Kami agak terperanjat. 

“Ia berlaku secara tiba-tiba. Mungkin ada amarah tersimpan lama dan dihuraikan di situ, apabila David bangun dan meminta kebenaran untuk bercakap, melalui pengacara dialog iaitu Rosyam Nor.

“Tiba-tiba dalam proses untuk mendapatkan kebenaran untuk bercakap, menyuarakan pendapat, kepada perdana menteri Mat Over yang datang daripada arah belakang saya, berjalan dengan tangkas ke hadapan melintasi orang ramai,” tambah Aznil.

David Teo diarahkan keluar susulan ketegangan yang berlaku di program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, pada Rabu.

David Teo diarahkan keluar susulan ketegangan yang berlaku di program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, pada Rabu.
Beliau berkata ketegangan berlaku apabila Mat Over menampar muka David Teo.

“Semua yang berada di dalam program itu berada dalam keadaan terkejut. Perdana Menteri pun berada dalam keadaan terkejut.

“Namun Rosyam cuba mengawal keadaan tersebut dengan baik,” tambah Aznil.

Selepas insiden tersebut, Aznil berkata Mat Over dan David Teo telah dibawa keluar dari dewan itu.

Kecewa dengan kejadian tersebut, Aznil, atau senang dikenali sebagai Pak Nil, berkata “Saya amat malu dengan kejadian tadi. Kita bercakap tentang transformasi dan platform itu menjadi gelanggang yang tidak sepatutnya berlaku berdasarkan apa yang telah terjadi. 

“Ini bukan menggambarkan industri hiburan tanah air. Kita sepatutnya berbincang tentang transformasi industri untuk maju ke hadapan.

“Bagaimana kerajaan mahu fikirkan kemajuan negara jika kita tidak bersatu pada platform untuk perbincangan awal,” tambah Aznil.

Aznil berkata mereka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak sekiranya pihak berkuasa tawar hati untuk memberi ruang kepada anak seni memberi pandangan dan menyuarakan pendapat selepas ini.

Beliau turut memuat naik sebuah foto di Instagram yang tertera kapsyen “Saya ada di sana dan saya malu” susulan kejadian.

Sementara itu, usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan dari David sendiri mengenai insiden yang  berlaku sehingga kini masih gagal.

Sengketa mereka tidak berpanjangan apabila David dan Mat Over dilihat bersalaman dan berdamai seketika kemudian.

Pemilik syarikat produksi MIG Datuk David Teo dan pelakon Sulaiman Yassin (Mat Over) dilihat berdamai di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Moderator Datuk Rosyam Nor. - Foto BERNAMA

YouTube Don Carleone


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Semangat kental Maisarah Ukulele | Harian Metro

Pada usia semuda 16 tahun, Maisarah Mohd Faizal berusaha menempatkan namanya dalam ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: