© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Chris Cornell sudah tiada | Harian Metro

Chris Cornell sudah tiada | Harian Metro

PENYANYI kumpulan grunge popular, Soundgarden iaitu Chris Cornell meninggal dunia dalam usia 52 tahun di Detroit, Amerika Syarikat, awal pagi hari ini (waktu Malaysia).

Wakil Cornell, Brian Bumbery dalam kenyataannya berkata, Cornell yang juga penyanyi kumpulan Audioslave itu meninggal dunia secara mengejut.

“Isteri Cornell, Vicky serta keluarganya masih terkejut dengan pemergiannya secara mengejut dan tidak disangka-sangka.

“Mereka akan bekerjasama dengan pasukan perubatan bagi mengenal pasti punca kematiannya. Mereka juga berterima kasih kepada peminat yang terus menyayanginya dan meminta semua pihak menghormati hak privasi keluarga mereka,” katanya.

Bersama Soundgarden yang ditubuhkan pada 1984 di Seattle, Amerika Syarikat, Cornell adalah antara pengasas muzik grunge yang mencetus fenomena pada awal 1990-an.

Soundgarden adalah antara kumpulan grunge popular dunia selain Nirvana, Pearl Jam, Alice In Chains, The Melvins dan banyak lagi.

Selain Cornell, Soundgarden turut dianggotai Kim Thayil (gitar), Matt Cameron (dram) dan Ben Shepherd (bass).

Kumpulan ini pernah memenangi Grammy Awards menerusi single Black Hole Sun dan Spoonman pada 1995.

Album keempat mereka, Superunknown pada 1994 mencatat kejayaan besar apabila menduduki tangga pertama dalam carta Billboard.

Soundgarden berpecah pada 1997 dan Cornell kemudian menganggotai Audioslave dan aktif sebagai penyanyi solo-New York Times


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Bung Mokhtar Radin dan Zizie Izette bakal timang anak kembar

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Zizie Izette mengumumkan berita yang dia kini ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: