© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Ekslusif / Pengasas kosmetik sanggup berhabis untuk majlis berinai ala Bollywood

Pengasas kosmetik sanggup berhabis untuk majlis berinai ala Bollywood


KUALA LUMPUR: Video majlis berinai seorang pengasas kosmetik menjadi tular di media sosial oleh kerana konsep ala Bollywood dan kemahiran tarian yang ditonjolkan oleh pasangan ini.

Terdapat enam video yang dimuat naik di laman Instagram oleh usahawan itu yang dikenali sebagai Sheilanan di Instagram.

Ia menerima antara 23,000 hingga 73,000 jumlah tontonan setiap satu video.

Ia menampilkan Sheilanan, pasangannya, dan juga ahli keluarga dan teman-teman yang turut memeriahkan majlis dengan turut menari.

Sementara itu, netizen turut terhibur dan teruja dengan video-video yang dimuatnaik.

“Saya dulu berangan nak majlis seperti ini… tetapi berangan sahaja yang mampu,” kata pengguna Instagram, @minitee1.

Kata seorang lagi netizen, @syahidasyaa: “Seronok tengok video ini. Kena cari tajaan sari kalau macam ini.”

Ramai turut memuji dengan kemahiran menari oleh pasangan ini.

“Kalau macam ini, kena pergi ke kelas menari jugaklah,” kata @nurshamaine.

Tambah @diniathirah: “Macam hendak menari jugak bila tengok ini.”

Tahniah Astro AWANI ucapkan kepada pasangam pengantin baharu ini yang khabarnya kini sedang berbulan madu.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Perempuan baik hanya ada di syurga bukan di sini

“SAYA tak cakap semua perempuan macam itu, tapi saya yakin ramai yang ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: